[VIDEO] 'Saya memang rancang nak makan otaknya,' lelaki dengar bisikan suruh tetak, hisap darah ahli keluarga


  • Benua
  • Selasa, 26 Mac 2024

Tangkap layar keadaan suspek selepas membunuh mangsa dalam kejadian di Kabupaten Kepahiang, Indonesia pada Sabtu lalu. — Agensi

"SAYA memang rancang nak makan otaknya.".

Demikian pengakuan seorang lelaki kepada pihak polis selepas didakwa membunuh seorang ahli keluarganya.

Kejadian ngeri tersebut berlaku di Kecamatan Merigi, Kabupaten Kepahiang, Indonesia pada Sabtu lalu.

Media antarabangsa melaporkan, selepas mangsa dibunuh dipercayai menggunakan parang, suspek dikatakan memakan otak dan menghisap darah daripada kesan tikaman di belakang kepala mangsa yang dikenali sebagai Yodes, 35.

Pengakuan itu didedahkan sendiri oleh suspek, Ro, 42, kepada anggota Unit Siasatan Jenayah Polis Kepahiang yang menjalankan siasatan kes.

Selepas insiden itu, Ro kemudian mengamuk dan cuba mencederakan penduduk yang berada di sekelilingnya dengan parang dan cuba untuk membakar sebuah warung di kampung itu.

Malah, dia sempat mencurah petrol dan diesel di hadapan warung berkenaan.

BACA LAGI: Tak puas hati kena tendang punca lelaki maut ditumbuk warga asing di pusat hiburan PJ

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

Difahamkan, suspek dan mangsa merupakan ahli keluarga, namun tidak dapat dipastikan hubungan sebenar mereka.

Suspek sebelum ini dikatakan pernah tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan mangsa sebelum dia nekad menamatkan riwayat hidup mangsa.

Tidak hanya itu, Ro juga mengaku sering menghidu gam dan mengambil sejumlah pil yang tidak diketahui tujuannya.

Difahamkan, pengambilan pil itu juga disyaki menjadi penyebab dirinya berada dalam keadaan tidak waras hingga bertindak meragut nyawa saudaranya sendiri.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Sujud Alif Yulamlam berkata, siasatan masih dijalankan sehingga kini dengan suspek juga dibawa menjalani rawatan kesihatan.

Sementara itu, menurut keterangan penduduk kampung, suspek memang mempunyai masalah dari segi mental, namun tidak menyangka hingga sanggup membunuh saudaranya sendiri.

"Dia bahkan pernah membakar rumahnya sendiri, namun ia sudah lama terjadi dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini tiada sebarang insiden berlaku," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram