SEEKOR ular sawa batik sepanjang empat meter berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Sri Pulutan, Manggatal dekat Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.
Difahamkan, ular sawa tersebut ditemui oleh pemilik rumah berkenaan dalam sangkar kucing peliharaan mereka.
Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten Aizex Junior berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik rumah pada pukul 7.14 malam.
BACA LAGI : [VIDEO] Majlis sambut besan Indonesia bertukar tragedi berdarah, YB tertembak tetamu hingga maut
BACA LAGI : [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China
“Setibanya di lokasi, pemilik rumah memaklumkan ular sawa itu berada di halaman rumahnya.
"Empat anggota lengkap berpakaian peralatan pelindung diri (PPE) segera melakukan pencarian.
"Ular sawa itu ditemui dalam sangkar kucing di anjung belakang rumah pengadu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau lagi, ular sawa dengan berat 50 kilogram berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas dalam tempoh 40 minit.
“Operasi berjalan lancar dan tamat sepenuhnya kira-kira pukul 8 malam,” katanya.
Tambahnya, ular berkenaan dibawa ke pejabat APM Kota Kinabalu sebelum dilepaskan ke lokasi selamat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram