
PEMANDU sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dicari bagi membantu kes kemalangan dipercayai berlaku di Ulu Yam, Selangor pada Sabtu.
Menerusi satu perkongsian di X, pemandu kereta tersebut didakwa enggan bertanggungjawab terhadap satu kejadian kemalangan membabitkan kenderaan tersebut dengan sebuah motosikal.
Menerusi rakaman dashcam yang dikongsikan di X, kereta itu dipercayai mahu memasuki simpang tiga namun pada masa sama, datang sebuah motosikal dari arah bertentangan.
BACA LAGI: 'Hiduplah kalian dengan semangat Mansor Puteh'
hi guys minta tolong rt and cari owner kereta ni sampai dapat. Dorang putar belit cerita and tak nak bertanggungjawab. Sorang ni patah riuk sorang lagi pendarahan otak. Minta kalau ada information boleh pm saya pic.twitter.com/zfhI7z6Rdf
— kmak (@vxchui) July 7, 2024
Motosikal terbabit dilihat tidak dapat mengelak sebelum merempuh MPV itu menyebabkan penunggang serta pemboncengnya terpelanting ke udara dan jatuh kira-kira lebih 50 meter dari lokasi kemalangan.
"Minta tolong retweet and cari owner kereta ini sampai dapat. Mereka putar belit cerita dan tak nak bertanggungjawab.
"Seorang (mangsa) patah riuk seorang lagi (alami) pendarahan otak," kata akaun X itu, @vxchui.
Katanya lagi, kenderaan MPV itu dipercayai dinaiki sekumpulan lelaki.
"Salah seorang penumpang dalam kereta itu (semua lelaki dalam kereta and ada few people dalam tu) kata mereka duduk di Shah Alam.
"Jadi kalau korang kenal owner atau korang tahu orangnya tolong DM (hubungi) saya sebelum kena naik turun mahkamah," katanya lagi.
Setakat ini tiada kenyataan polis berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram