SPRM tubuh 'taskforce' teliti laporan audit HRD Corp


  • Primer
  • Sabtu, 06 Jul 2024

SPRM mengesahkan beberapa kertas siasatan telah dibuka dan satu pasukan petugas sudah ditubuhkan untuk menyemak laporan audit HRD Corp yang dikemukakan KESUMA.

PASUKAN penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan pergi ke pejabat Kementerian Sumber Manusia serta Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mendapatkan dokumen berkaitan laporan audit mengenai perbadanan tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan beberapa kertas siasatan telah dibuka dan satu pasukan petugas sudah ditubuhkan untuk menyemak laporan audit HRD Corp yang dikemukakan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

BACA LAGI: Kemasukan matrikulasi: Penekanan berlebihan terhadap meritokrasi berpotensi tingkat jurang sosioekonomi

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

"Kita telah terima laporan audit yang dikemukakan oleh KSU KESUMA. Berasaskan laporan audit tersebut, kita telah mengenal pasti beberapa isu yang memerlukan dokumen dan keterangan daripada pihak yang terlibat.

"Antaranya isu pelaburan, pengurusan dana dan latihan, pembelian harta dan sebagainya. Oleh itu, satu pasukan khas telah dibentuk dan beberapa kertas siasatan telah dibuka.

"Selasa ini pasukan penyiasat akan pergi ke kementerian sumber manusia dan HRDC bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, beberapa individu turut telah dikenal pasti dan diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Ujarnya, Siasatan akan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan kesalahan di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta ASPRM 2009.

Human Resource Minister Steven Sim Chee Keong delivering his speech at Penang Socso headquarters in Seberang Jaya during his maiden visit as minister. (January 8,2024) —ZHAFARAN NASIB/The Star.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim

Pada Jumaat, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia menyerahkan laporan audit kepada SPRM berikutan laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang dibentangkan di Parlimen pada Selasa lalu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim sebelum itu dalam satu kenyataan mengarahkan supaya satu laporan dibuat kepada SPRM.

Urus niaga hartanah yang mencurigakan dan pelaburan berisiko tinggi adalah antara isu yang dikenal pasti oleh PAC dalam laporannya mengenai HRD Corp.

Antara perjanjian itu melibatkan pembelian Menara Ikhlas pada harga RM202.5 juta pada Februari 2021, dengan deposit RM120 juta dibayar sebagai pendahuluan kepada sebuah syarikat, Crystal Clear Technology.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Pengerusi HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid mengakui kelemahan terdapat dalam laporan audit.

Beliau menambah bahawa beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan sehingga membolehkan peningkatan kutipan levi dalam tempoh beberapa tahun.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai penemuan bahawa HRD Corp telah melabur levi yang dikutip daripada majikan dalam beberapa pelaburan berisiko tinggi walaupun dana latihan tersebut bukan bertujuan bertindak sebagai institusi pelaburan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram