HUMAN Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menganjurkan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) kayuhan dan Majlis Iftar KESUMA Kuala Perlis, Perlis pada Sabtu lepas.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut mencemar duli ke program yang sama.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan lebih 100 peserta.
BACA LAGI: Tabung Haji umum 3.10 peratus agihan keuntungan 2023
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (empat berdiri dari kiri) berkenan mengurniakan sumbangan tunai bernilai RM1,500 dan bakul kepada setiap keluarga asnaf.
BACA LAGI: 'Automatik mengalir air mata,' isu rumah terbengkalai buat pembeli sedih ditanya tentang status
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail juga berkenan mengurniakan sumbangan tunai bernilai RM1,500 dan bakul kepada setiap tiga keluarga asnaf, sumbangan kewangan bernilai RM10,000 kepada lima masjid setempat dan 250 bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar Kuala Perlis.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Seri Khairul Dzaimee bin Daud; Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar; Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram