Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam' PRK Sungai Bakap


  • Politik
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Seramai 39,151 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

MESKIPUN bukan pengundi di Sungai Bakap, calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr. Joohari Ariffin melahirkan rasa teruja selepas meninjau pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri.

“Saya rasakan Sungai Duri adalah kawasan saya. Tak rasa asing pun. Malah, saya yakin pengundi-pengundi akan melakukan pilihan yang bijak untuk memilih calon yang layak,” katanya kepada selesai meninjau Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada Sabtu.

Terdahulu, Dr Joohari, 60, tiba di SK Sungai Duri bersama pasukan kempen pilihan rayanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat hadir kenduri kahwin sebelum satu keluarga hanyut dibawa arus sungai di India

BACA LAGI: [VIDEO] Juruterbang wanita kena tahan angin kencang, hampir maut lepas kanopi pesawat ringan pecah

Walaupun DUN Sungai Bakap terutamanya di kawasan Sungai Duri dilabel sebagai kawasan 'hitam' buat PH, namun ia tidak mengurangkan keyakinannya untuk merampas kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Joohari (red cap) during a walkabout while campaigning at the Sungai Bakap night market in Taman Pekatra Indah. — CHAN BOON KAI/The Star

Dr Joohari melahirkan rasa teruja selepas meninjau pusat mengundi SK Sungai Duri.

Bekas guru itu juga melahirkan rasa syukur dan menyatakan bahawa kehadiran pengundi di SK Sungai Duri adalah memberangsangkan.

Difahamkan, Dr Joohari tidak mengundi pada Sabtu susulan dia merupakan pengundi di DUN Sungai Acheh yang juga salah satu DUN dalam Parlimen Nibong Tebal.

PRK di Sungai Bakap itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dr Joohari dengan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

Dr Joohari merupakan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara manakala Abidin ialah bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal.

DUN Sungai Bakap merupakan pilihan raya kecil kelapan sejak PRU15 yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat radang perut.

Seramai 39,151 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada PRK DUN Sungai Bakap pada Sabtu. — The Star/IMRANHILMY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram