DUA calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap meninggalkan pesanan terakhir buat para pengundi sebelum hari pengundian diadakan pada Sabtu (6 Julai),
Calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin dalam hantaran di Facebooknya, mengharapkan peluang kedua dapat diberikan oleh penduduk di kawasan tersebut kepada mereka demi membina perjalanan yang lebih indah.
Kata Joohari, dia amat memahami keperluan para pengundi di Sungai Bakap dan akan bekerja keras dengan penuh iltizam demi penduduk kawasan tersebut.
BACA LAGI: ‘Ingat ALLAH nampak’, PAS beri amaran pada PH tak ‘rasuah’ pengundi PRK Sungai Bakap
BACA LAGI: PKR Sungai Bakap: Seorang pemimpin perlulah berpengetahuan — Joohari
Joohari berharap dirinya diberi peluang sebagai ADUN Sungai Bakap.
"Saya merayu supaya saudara dan saudari menggunakan peluang ini untuk memastikan segala harapan kita menjadi kenyataan.
"Sesungguhnya, saya amat memahami keadaan dan keperluan rakyat Sungai Bakap. Saya dengan rasa penuh iltizam akan bekerja keras demi penduduk Sungai Bakap sekiranya diberikan amanah.
"Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan dan undi daripada 39,279 pengundi di Sungai Bakap, demi menjayakan visi dan misi membina Sungai Bakap yang makmur dengan perpaduan, ketahanan, dan harapan," katanya.
Dalam pada itu, calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail memahami apa yang dialami oleh penduduk setempat.
Menurutnya dalam satu hantaran di media sosial, sebagai anak tempatan, dia akan meneruskan segalan aktiviti kebajikan yang dilakukannya bersama-sama bekas penyandang kerusi DUN Sungai Bakap iaitu Nor Zamri Latiff.
Abidin (kiri) merupakan anak jati Sungai Bakap.
"Berada di Nibong Tebal ini sejak lahir adalah satu tempoh yang sangat panjang kerana di sini adalah tempat saya mencari rezeki, inilah tempat saya berkeluarga, inilah tempat saya menabur bakti.
"Permasalahan yang dihadapi oleh penduduk setempat adalah permasalahan yang dihadapi saya sendiri. Baik dari segi alam sekitarnya, airnya mahupun pembangunannya. Sungguh, ia sangat membekas di dalam hati saya dan keluarga," ujar Abidin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram