‘Ingat ALLAH nampak’, PAS beri amaran pada PH tak ‘rasuah’ pengundi PRK Sungai Bakap


  • Politik
  • Jumaat, 05 Jul 2024

PAS mengingatkan pemimpin PH sekiranya terdapat niat untuk merasuah pendungi ketika PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini. — Gambar hiasan/The Star

PAS memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) supaya tidak melakukan taktik licik untuk meraih undian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang pada Sabtu ini.

Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, gabungan parti itu dan Barisan Nasional (BN) itu boleh melakukan apa sahaja tetapi tindakan merasuah pengundi tidak akan dimaafkan jika ia benar berlaku.

Beliau berkata, PH juga diingatkan untuk tidak menawarkan sebarang ganjaran atau hadiah kepada pengundi.

BACA LAGI: Elak jadi ‘port’ anasir luar gugat keselamatan negara, 160 rumah setinggan di Sabah dirobohkan

BACA LAGI: Lampu warna-warni flyover Bandar Saujana Putra undang risiko, elok tukar pencahayaan elak pengguna keliru — Pakar

msg1050426791-34871

Shahidan Kassim. — The Star

Katanya, pemimpin parti berkenaan dinasihatkan agar sentiasa mengingati Tuhan yang sentiasa memerhati segala tindakan mereka.

"Mungkin anda pada mulanya gembira, tetapi jika niat atau tujuannya untuk merasuah undi, ALLAH Yang Maha Mengetahui.

"Ingat, ALLAH nampak," katanya.

Shahidan berkata demikian ketika memberi ucapan dalam ceramah Mega Grand Finale di Taman Widuri, Pulau Pinang pada Khamis.

Ceramah itu turut dihadiri kira-kira 3000 ahli dan penyokong PAS dan Perikatan Nasional (PN).

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan sengit antara calon PH, Dr Joohari Ariffin dan wakil PN, Abidin Ismail. — The Star/IMRAN HILMY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram