Berbaki 2 jam, peratusan keluar mengundi PRK Sungai Bakap hampir 60 peratus


  • Politik
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Jumlah peratusan keluar mengundi itu berdasarkan data yang dikeluarkan SPR, setakat pukul 4 petang Sabtu.

BERBAKI dua jam sebelum tamat tempoh pengundian, kadar peratusan keluar mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap kini adalah sebanyak 57.7 peratus.

Jumlah itu berdasarkan data yang dikeluarkan SPR, setakat pukul 4 petang Sabtu.

BACA LAGI: Kemasukan matrikulasi: Penekanan berlebihan terhadap meritokrasi berpotensi tingkat jurang sosioekonomi

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

Semua pusat mengundi berkenaan akan ditutup pada jam 6 petang ini, sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, di sini.

Untuk rekod, PRK Kuala Kubu Bharu yang berlangsung pada 11 Mei lalu menyaksikan kadar peratusan keseluruhan keluar mengundi 61.51 peratus.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

Pilihan raya kecil ini diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan perut.

Secara keseluruhan 39,279 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas Nor Zamri, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram