[VIDEO] Jalan sesak dipercayai punca penunggang motor tak puas hati tendang lelaki naik basikal tepi jalan


  • Tular
  • Khamis, 04 Jul 2024

Tangkap layar video memaparkan lelaki tersebut yang terjatuh ke tepi jalan selepas ditendang penunggang motosikal.

SEORANG lelaki terkedu selepas basikal yang ditunggangnya ditendang penunggang motosikal ketika melalui jalan raya baru-baru ini.

Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, tindakan penunggang motosikal tersebut menyebabkan lelaki itu terjatuh ke tepi jalan.

Pada masa sama, lelaki itu dilihat terduduk dan hanya memandang ke arah penunggang terbabit yang berlalu pergi selepas kejadian itu.

BACA LAGI: BERSATU Kelantan hantar 3 nama calon, tetap guna logo PAS di PRK Nenggiri

BACA LAGI: Lebih 2 bulan menunggu, penghuni kuarters polis di KL bimbang banyak struktur bangunan tak dibaiki

msg1050426791-34798

Penunggang motosikal tersebut menendang seorang lelaki yang menunggang basikal di sebuah jalan raya baru-baru ini.

Punca kejadian bagaimanapun masih belum diketahui dan tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian.

Malah lokasi dan tarikh sebenar kejadian juga tidak dapat dipastikan.

Video itu turut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata warga maya mengecam tindakan penunggang terbabit.

"Susah sangat ke nak jadi baik, boleh lalu sebelah cakap tolong ke tepi, yang kau sepak kenapa?.

"Seronok sangat ke buat jahat macam tu? Tak ada simpati langsung," komen @kacakberderai.

Namun, ada juga yang menyalahkan mangsa kerana menjadi punca kesesakan jalan raya dan menghalang laluan beberapa kenderaan lain di belakangnya.

"Dia marahlah sebab basikal tu punca jalan sesak. Jalan sempit, banyak kereta dan motosikal tak sesuai buat untuk basikal.

"Lagi-lagi jenis bawa basikal santai macam tu. Tapi tak perlu sepak, hon dah tegur sudah," tulis @Manontherun99.

"Katanya jalan sempit dan belakang lori dan sesak sangat disebabkan basikal tu," kata @JAFZ8588. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram