SEORANG pemandu nyaris maut apabila keretanya mengalami kerosakan teruk selepas dilanggar seekor kuda dalam kejadian di Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah berdekatan Rhu Tapai, Setiu, Terengganu pada pukul 10.05 pagi pada 11 Januari lepas.
Dalam satu hantaran di Facebook, pemilik kenderaan, Shamsuri Shamsudi meminta pemilik kuda itu tampil bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku.
"Seekor kuda masuk ke tengah jalan secara tiba-tiba dan kemudian melanggar kereta saya.
"Jadi saya nak minta tolong siapa kenal pemilik kuda ini? Selepas saya kemalangan tak ada seorang pun munculkan diri.
"Alhamdulillah, saya dan tiga penumpang lain selamat tetapi kereta memang rosak termasuk lampu dan bumper hadapan pecah selain tayar dan rim juga rosak," katanya.
BACA LAGI: 'Eloklah jaga tepi kain sendiri', Lan Solo ulas isu anaknya dikecam
Difahamkan, Shamsuri telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 13 Januari lepas, namun tidak memperoleh sebarang maklumat.
"Sampai sekarang tiada berita dan senyap. Mohon isu ini viral supaya pemilik kuda nampak hantaran dibuat ini," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sedih melihat nasib mangsa dan meminta pemilik kuda segera tampil menyelesaikan masalah berkenaan.
"Siasatan kena telus, pasti ada kecuaian dalam penjagaan kuda. Tentu dah dalam pengetahuan pemilik kuda, perlu bijak dan adil dalam membuat perkiraan supaya tidak menganiayai tuan kereta.
"Memang pun insuran akan bayar ganti rugi jika kereta dilindungi oleh comprehensive insurance. Jika kenderaan itu dilindungi oleh Third Party Fire & Theft Car insurance, bermakna pemilik kenderaan kena tanggung sendiri kos membaiki kerosakan.
"Tapi ikut logik akal dan ikut perundangan pun, pemilik atau penjaga binatang berkenaan perlu ambil tanggungjawab diatas kerosakan kenderaan disebabkan kecuaian dalam penjagaan," tulis Zainuldin Mzt.
"Kesian pada pemilik kereta. Orang yang bela kuda ini, orang yang berduit. Semoga dipermudahkan urusan pemilik kereta," kata Zariah Ismail.
"Arwah abang meninggal dunia langgar kuda di kawasan itu tetapi pemilik tak mengaku dan tak minta maaf pun," tulis Wan Fakhrurazi.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu sila siasat dengan telus hal ini. Harap dapat pembelaan owner kereta ini," tulis Aishamuddin Razali. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram