Jalan depan rumah bukan tempat parkir, patutnya dikosongkan untuk kegunaan kecemasan


  • Massa
  • Khamis, 04 Jul 2024

Kawasan lebihan jalan di hadapan rumah teres yang dinamakan 'cul de sac' seharusnya menjadi laluan pusingan kenderaan. — Gambar hiasan/Facebook

ISU perebutan parkir kenderaan bagaikan sudah tidak dapat dibendung lagi apabila ia bukan berlaku dalam kalangan penduduk rumah pangsapuri kos rendah malah menjadi masalah berlarutan bagi penduduk di kawasan perumahan teres.

Masakan tidak, andai kita ke mana-mana kawasan rumah teres, mesti ada kenderaan diletakkan di sepanjang jalan yang menyukarkan kereta lain untuk keluar masuk.

Sama seperti yang terjadi dalam sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi tegang antara penduduk di sebuah kawasan perumahan pada Selasa yang dipercayai gara-gara perebutan parkir.

BACA LAGI: [VIDEO] Duduk rumah teres pun berebut parking, lelaki mengamuk jiran suruh alih kereta

BACA LAGI: [VIDEO] Jalan sesak dipercayai punca penunggang motor tak puas hati tendang lelaki naik basikal tepi jalan

Punca pergaduhan itu juga dipercayai tercetus ekoran daripada perebutan kawasan laluan jalan yang dijadikan tempat parkir kereta.

Lebih menimbulkan persoalan terhadap orang ramai apabila pemilik video itu mendakwa bahawa parkir tersebut adalah miliknya kerana sudah dibeli.

Namun, rata-rata warga maya mengatakan bahawa laluan jalan di luar kawasan rumah tersebut bukanlah hak milik pemilik rumah sepenuhnya untuk meletakkan kenderaan.

Malah, berdasarkan syarat dan peraturan pembangunan rumah teres yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), laluan lebihan di luar kawasan rumah dinamakan sebagai 'cul de sac' atau jalan buntu.

10869_shhtamanbandarekarrantaunegerisembilanpandanganterbuka2

Keluasan depan rumah yang sering digunakan untuk meletakkan kenderaan. — Gambar hiasan

Laluan jalan tersebut juga sepatutnya adalah untuk kegunaan kenderaan lain melakukan pusingan terutamanya ketika kecemasan.

Ramai juga yang berkongsi maklumat tersebut dengan lebih terperinci bagi memberi kesedaran kepada individu lain.

"Hujung jalan tu dinamakan 'cul de sac'. Sangat penting untuk kegunaan lori sampah, bomba dan kenderaan lain di situ.

"Jangan letak kenderaan di kawasan tu, nanti jadi satu halangan," komen Hjh Noor Sita Abbas.

Mengulas lanjut, ada juga yang menganggap bahawa laluan itu boleh digunakan untuk meletakkan kenderaan sementara sahaja.

"Boleh parkir tapi tak boleh anggap hak milik sebab beli rumah keluasan rumah saja milik kita," tulis Aznillah Aziz. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram