[VIDEO] Gara-gara ambil kereta guna kunci pendua, lelaki maut, 3 rakan cedera parah dituduh mencuri


  • Benua
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Tangkap layar empat orang lelaki dipukul warga kampung di Sukolilo dekat Pati, Indonesia pada Khamis.

SEORANG lelaki maut manakala tiga lagi rakannya cedera parah selepas dipukul warga kampung di Sukolilo dekat Pati, Indonesia pada Khamis.

Lebih malang lagi, mangsa dan rakan-rakanya itu dipukul selepas dituduh mencuri sebuah kenderaan yang merupakan miliknya.

Malah, kejadian itu juga sempat dirakam oleh orang awam dan tular di laman media sosial sehari selepas kejadian.

BACA LAGI : [VIDEO] Tragedi nikmati panorama semulajadi, suami isteri lemas dibawa arus deras di China

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya dengar bunyi berdesing, pemandu lori selisih maut tayar tiba-tiba meletup

Dalam rakaman tersebut memaparkan keempat-empat mangsa dipukul dan ditendang tanpa belas kasihan.

Lebih mengerikan lagi, seorang lelaki dilihat melempar sebongkah batu besar ke arah salah seorang mangsa.

Sekumpulan lelaki itu juga turut membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pati, Komisioner M Alfan Armin menjelaskan, pihaknya segera menjalankan siasatan dan melawat lokasi itu petang Jumaat.

"Kesemua mangsa yang dikenali sebagai BH, SH KB dan S.

"Melalui siasatan awal mendapati kesemua mangsa datang ke kampung tersebut untuk mengambil kereta sewa milik BH," katanya.

Tambah Alfan lagi, merujuk kepada kenyataan mangsa, mereka berjaya menemui kereta sewa berkenaan dan cuba membawanya menggunakan kunci pendua yang mereka bawa.

"Malangnya, ada penduduk yang melihat mangsa dan menyangka mereka mencuri kenderaan tersebut.

"Kesemua mangsa kemudiannya dikejar warga kampung dan dipukul," katanya lagi.

Menurut Alfian, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut dan dua orang lelaki yang terlibat dalam kejadian itu juga telah ditangkap.

"Kami berjaya menahan dua suspek dan masih lagi memburu suspek yang lain," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram