PADAH bermain telefon pintar ketika di jalan raya, seorang lelaki maut selepas digilis sebuah bas dalam kejadian di Lucknow, India pada 27 Jun lalu.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat sedang menunggang basikal sambil bermain telefon.
Mangsa ketika kejadian berada di lorong kiri sebelum menukar arah ke kanan untuk mengelak beberapa buah kenderaan yang parkir di kawasan itu.
BACA LAGI: DBKL, JWP taja 756 penjaja dan 434 suri rumah skim perlindungan PERKESO
BACA LAGI: Tempoh pemutihan sudah tamat, PERKESO bakal heret kelab culas carum pemain ke mahkamah
#Lucknow l A horrific accident caught on camera shows a man on cycle run over by a bus. The bus hit the cyclist on the side and he falls, getting his head crushed by the wheels.#Accident #TruckAccicent #Cycle #Traffic #Safety #Law #Police #LatestNewsUpdates pic.twitter.com/yAeCF6iczp
— Lokmat Times Nagpur (@LokmatTimes_ngp) June 27, 2024
Pada masa sama, sebuah bas yang datang dari belakang itu dilihat melanggar mangsa.
Mangsa kemudiannya terjatuh dan kepalanya digilis tayar bas berkenaan.
Pemandu bas tersebut juga tidak memberhentikan kenderaannya dan berlalu pergi selepas kejadian itu.
Dalam pada itu, kelihatan orang ramai yang menyaksikan kemalangan ngeri tersebut mengerumuni dan cuba membantu mangsa.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram