[VIDEO] Siap pegang kayu, punca 2 lelaki perang mulut di Tebrau masih misteri


  • Tular
  • Selasa, 02 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan lelaki berkenaan (kanan) dilihat sempat mengambil sebatang kayu untuk memukul individu tersebut.

TULAR di laman media sosial memaparkan seorang pemandu lelaki berperang mulut dengan individu lain pada Selasa.

Menerusi satu video tular di laman X, kelihatan seorang lelaki yang identitinya tidak dikenal pasti dilihat mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Dalam video yang berdurasi satu minit 15 saat itu memaparkan lelaki berkenaan dilihat sempat mengambil sebatang kayu untuk memukul individu tersebut namun berjaya dihalang oleh beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian.

BACA LAGI: Ahli kariah buat tuduhan burukkan PMX, kononnya dapat info Perang Dunia Ketiga

BACA LAGI: Penyasaran subsidi diesel tunjuk kesan positif, Amir Hamzah beritahu Dewan Rakyat

Difahamkan, lelaki yang didakwa pemandu perkhidmatan e-hailing itu tidak berpuas hati dengan individu tersebut.

Melihat di ruangan komen, kejadian itu dipercayai berlaku di One Tebrau Residences, Johor.

Bagaimanapun, punca pergaduhan kedua-dua lelaki tersebut masih tidak dapat dipastikan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram