Dua suspek pecah masuk rumah Khuzaimi Piee dicekup di Terengganu, pendrive dan tong monoksida antara dirampas


  • 112
  • Selasa, 02 Jul 2024

Rumah Khuzaimi dilaporkan dipecah masuk ketika pemain tersebut sedang menjalani latihan bersama pasukannya Mei lalu.

POLIS menahan dua suspek yang terlibat dalam kes pecah rumah melibatkan pemain Selangor FC, Khuzaimi Piee di Kuala Terengganu, Terengganu pada 26 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa, kedua-dua suspek yang merupakan warga tempatan juga terlibat dalam beberapa kes pecah masuk rumah di empat negeri lain, termasuk Selangor dan Terengganu.

"Antara barang yang dirampas semasa serbuan dijalankan adalah pendrive, tong karbon monoksida, 17 beg pelbagai jenis dan jenama serta tujuh buah telefon bimbit pelbagai jenama.

"Selain itu, turut dirampas dua tong karbon monoksida, seunit pemacu pena (pendrive) dan sebuah komputer riba," katanya menerusi kenyataan tersebut.

BACA LAGI: TMJ ‘bersuara’ kes pecah rumah Khuzaimi Piee, ‘comment ni kena delete ke?’

BACA LAGI: Rumah Khuzaimi Piee bukan 'target', kena pecah sebab kosong — Polis

2709404

Keadaan kediaman Khuzaimi Piee selepas kejadian pecah masuk pada Mei lalu.

Pada 22 Mei lalu, Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Jimmy mengalami kerugian yang dianggarkan sekitar RM15,000 selepas kediamannya dipecah masuk.

Antara barangan miliknya yang dicuri ialah motosikal jenama Yamaha Y-15 serta pasport peribadinya.

Hasil awal siasatan mendapati kes pecah rumah masuk itu melibatkan dua orang suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan itu.

Dalam kenyataan sama, hasil tangkapan terhadap kedua-dua suspek tersebut membantu pihak polis menyelesaikan kes tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana kesalahan mencuri itu yang dilakukan kali kedua atau seterusnya, maka hendaklah juga dikenakan hukuman denda atau sebat," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram