PERCUBAAN kali kedua untuk memindahkan sebuah rumah tradisional Melayu di Desa Melor, Serendah, Selangor akhirnya berjaya dilakukan pada Ahad.
Menerusi video dikongsikan orang awam di aplikasi WhatsApp, rumah kayu tersebut berjaya dialihkan dari tapak asal dengan bantuan sekumpulan sukarelawan.
Dalam video itu, kelihatan penduduk kampung tersebut bertungkus-lumus memastikan setiap penjuru rumah dipindahkan dengan sempurna.
BACA LAGI: Polis siasat individu buat dakwaan fitnah TMJ terlibat rasuah RM20 juta
Percubaan memindahkan rumah tradisional Melayu di Serendah akhirnya berjaya. pic.twitter.com/Ep1sHFIWuP
— Majoriti (@majoritionline) June 30, 2024
ada masa sama, tidak berlaku sebarang kerosakan atau insiden tidak diingini ketika proses memindahkan rumah berkenaan.
Pemilik rumah, Jonid Ahmad sebelum ini pernah memaklumkan bahawa percubaan pertama untuk memindahkan rumah menggunakan kudrat manusia atau ‘usung rumah’ gagal kerana mereka tidak menggunakan teknik yang betul.
Susulan itu, Jonid meminta nasihat pakar dan cara yang sesuai untuk memindahkan rumah pusaka tersebut.
Menurutnya, tindakan untuk memindahkan rumah berusia lebih 75 tahun itu adalah kerana terdapat pelbagai kenangan indah yang tidak boleh dilupakan sepanjang menetap di kediaman tersebut.
Rumah yang pada asalnya dibina di Muar, Johor dan dipindahkan ke Serendah itu juga terpaksa dipindahkan sekali lagi bagi memberi laluan kepada pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Jelasnya, dia juga tidak mahu menggunakan peralatan moden bagi memindahkan rumah tersebut bagi mengekalkan tradisi orang Melayu lama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram