Starbucks lancar kempen perkasa komuniti pekak dan autisme, salur bantuan ke Gaza


  • Bizz
  • Rabu, 26 Jun 2024

Starbucks Malaysia memperkenalkan 'Starbucks Brewing Art for Good: The Bearista Project'.

STARBUCKS Malaysia teruja memperkenalkan kempen terbaharu, ‘Starbucks Brewing Art for Good: The Bearista Project’ dengan kerjasama artis Malaysia yang berbakat, termasuk golongan pekak dan autistik serta pelajar seni kreatif.

Inisiatif menarik itu melibatkan ‘Starbucks Bearista’ iaitu koleksi patung ikonik Starbucks yang digemari di seluruh dunia yang menampilkan beruang mewah berpakaian apron hijau dan pakaian bermusim. Kini ia melangkah ke tahap baharu dengan satu siri versi bersaiz sebenar yang direka dengan semangat dan hasil sentuhan bakat tempatan.

Starbucks sentiasa berusaha untuk menjadi lebih daripada sekadar sebuah syarikat kopi. Ia bergerak secara aktif menyokong usaha kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman (DEI), dengan mempelopori projek seperti Starbucks Signing Store pertama di dunia di Malaysia, sekali gus menyediakan peluang pekerjaan dan menghargai komuniti pekak.

BACA LAGI: Antara berita menarik dan bancuhan kopi dengan Majoriti 7 dan Starbucks

BACA LAGI: Star Golden Hearts Award meraikan sedekad pengiktirafan buat wira tidak didendang ke-100

Mini-Bearista_Collectibles

Sebahagian daripada 25 koleksi Mini Bearista yang antara lain diadaptasi daripada lukisan artis autisme, Luqman Hakim dan artis pekak, Lim Anuar dan Duedney Anak Richard.

Tidak cukup dengan itu, Starbucks Malaysia kini cuba menonjolkan bakat kreatif tempatan melalui projek ini menerusi kempen yang menggabungkan dua minat bagi memperkayakan kehidupan, seni dan kopi.

Sempena sambutan ulang tahun ke-25 di Malaysia, Bearista bersaiz sebenar ini mempamerkan 25 reka bentuk unik, setiap satu mencerminkan kepelbagaian identiti setiap negeri di Malaysia sekali gus mengutuhkan jenama syarikat kopi itu di seluruh negara.

Dilancarkan di Pavilion Damansara Heights selaku penaja rasmi pada 22 Jun baru-baru ini, projek itu memperkenalkan 12 saiz sebenar Bearista, dengan lebih banyak lagi akan menyusul setiap bulan sehingga Disember 2024. Lukisan tangan oleh bakat tempatan ini yang bersaiz sebenar Bearista akan dipamerkan di kedai Starbucks terpilih di seluruh Malaysia.

Starbucks turut memperkenalkan edisi terhad mini Bearista yang boleh dibeli dengan harga RM25 setiap satu bermula 25 Jun di semua rangkaian kedai Starbucks.

Life-Sized_Bearista

Antara koleksi Bearista bersaiz sebenar yang dilukis tangan oleh pelajar seni dan artis tempatan.

Ketua Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Berjaya Starbucks, Dato’ Sydney Quays berkata, hasil jualan mini Bearista akan disalurkan kepada artis yang terlibat, selain kepada dana kemanusiaan Gaza yang dipimpin oleh MERCY Malaysia.

"Kami berbesar hati bekerjasama dengan artis-artis hebat ini, memperluaskan karya mereka secara global.

"Inisiatif ini bertujuan menyokong kerja-kerja kemanusiaan dengan menyalurkan bantuan ke Gaza," katanya.

Sumbangan berkenaan akan didermakan kepada MERCY Malaysia's Palestine Relief Fund menjelang Januari 2025.

Inisiatif bantuan kemanusiaan berkenaan adalah tambahan kepada RM1,000,000 yang disumbangkan oleh syarikat itu pada Oktober melalui Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP), yang dipacu oleh Kerajaan Malaysia.

Sebagai sebahagian inisiatif sempena sambutan ulang tahunnya, Starbucks Malaysia telah melancarkan laman web eksklusif yang memaparkan maklumat terkini berkaitan Projek Bearista, profil artis, wawancara video, barangan istimewa, dan banyak lagi.

Untuk berita terkini dan tawaran menarik Starbucks Malaysia sempena ulang tahun yang ke-25, boleh layari http://www.starbucks.com.my/25. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram