Jabatan Kehakiman AS, Jho Low dilapor capai perjanjian selesai aset 1MDB


  • Massa
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Jho Low dipercayai sudah menandatangani perjanjian sulit dengan DoJ untuk mencapai penyelesaian global berhubung perlucutan hak terhadap aset 1MDB.

JABATAN Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) dipercayai telah menandatangani perjanjian sulit dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low untuk mencapai penyelesaian global berhubung perlucutan hak terhadap aset 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan Channel News Asia (CNA).

Penyelesaian global itu akan menyelesaikan tindakan perlucutan hak bagi aset sivil, jenayah dan pentadbiran pihak berkuasa di Washington bagi aset tersebut.

Perjanjian untuk cuba mencapai penyelesaian global ditandatangani oleh Pemangku Ketua Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pemulihan Aset di Bahagian Jenayah DoJ, Margaret A. Moeser dan peguam untuk pemegang amanah kewangan serta peguam keluarga Jho Low, Robin Rathmell daripada firma undang-undang Kasowitz Benson Torres.

BACA LAGI: Johor bukan rakan kongsi istimewa seperti Sabah dan Sarawak — Pakar Perlembagaan

BACA LAGI: Rafizi, Isham individu tepat berdebat, selesai polemik rasionalisasi subsidi bahan api — Penganalisis

Menurut dokumen disemak CNA, pelan penyelesaian yang dikemas kini itu akan menyaksikan penyerahan aset sebelum ini berjaya dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

Aset yang sebelum ini tidak dituntut atau dikesan oleh agensi pendakwaan di seluruh dunia juga akan diserahkan.

1MDB(1Malaysia Development Berhad) pictured on a bus window on February 17, 2017 at Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo by Chris Jung/NurPhoto via Getty Images)

DoJ sebelum ini membawa kes terhadap aset didakwa diperoleh Jho Low dan keluarganya menggunakan dana yang didakwa digelapkan daripada 1MDB.

Perjanjian itu dikaitkan dengan pengumuman DoJ pada 26 Jun lalu bahawa ia akan mendapatkan tambahan AS$100 juta dalam menyelesaikan dua kes rampasan sivil, termasuk karya seni oleh Claude Monet dan Andy Warhol.

DoJ sebelum ini membawa kes terhadap aset didakwa diperoleh Jho Low dan keluarganya menggunakan dana yang didakwa digelapkan daripada 1MDB.

Awal Jun ini, Washington berkata, sehingga kini, ia berjaya memulihkan dan membantu memulihkan dan memulangkan kira-kira AS$1.4bil (RM6.6bil) dalam dana berkaitan 1MDB yang diselewengkan dari Malaysia. — The Star/M. IRSYAD

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram