KONTROVERSI melibatkan perobohan sebuah rumah tradisional Melayu yang menjadi ikon di Kampung Baru, Kuala Lumpur dikenali Rumah Biru, baru-baru ini ternyata mengejutkan seluruh masyarakat Malaysia.
Rumah yang terletak di terletak di tengah-tengah kota raya dengan berlatar belakangkan bangunan Menara Berkembar Petronas itu bagaimanapun tidak akan dirobohkan sebaliknya hanya dipindahkan ke kawasan lain.
Ia bagi memberi laluan terhadap pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah tradisional berkenaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur.
BACA LAGI: [VIDEO] Ambulans bawa pesakit diarah berhenti, matikan siren bagi laluan kepada Jokowi
BACA LAGI: Ambil guru memandu tanpa SPM, 3 faktor jadi kebimbangan andai syarat sementara itu dilanjutkan MOT
Rumah Biru yang menjadi ikonik di Kuala Lumpur. — Instagram
Menurut seorang daripada waris pemilik rumah tersebut, Syafiq Abdullah, projek tersebut juga masih belum dimulakan dan mereka hanya diminta keluar dari rumah itu.
"Hai korang, projek belum bermula lagi ya dan untuk maklumat semua, rumah kami ini Insya-ALLAH tidak dirobohkan ya. Kami diminta keluar bagi memudahkan projek kan berlangsung nanti.
"Sekiranya apa-apa berlaku pada masa hadapan, Insya-ALLAH pemaju akan baik pulih seperti sedia kala. Sama-sama kita doa semoga selepas tamat projek ni, kami boleh pulang ke kampung halaman kami ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Shafiq turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mengikuti perkembangan berhubung rumah itu.
"Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi momen, cerita dan ambil peduli tanah kampung ni. Saya sebagai wakil pewaris ucapkan terima kasih daun keladi. Panjang umur kita jumpa lagi.
"Diharap penjelasan saya ni dapat sedikit sebanyak yang saya kongsikan. Terima kasih Malaysia," katanya.
Rumah Biru itu juga yang merupakan tarikan pelancong dalam dan luar negara, pernah menjadi lokasi penggambaran filem antaranya Adnan Sempit, Remp-It, Impak Maksima dan pelbagai lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram