KENAIKAN harga barangan kebelakangan ini turut dilaporkan memberi kesan kepada sektor industri binaan dan ramai pengguna meminta kerajaan melakukan sesuatu yang konkrit supaya kenaikan harga itu dapat dikawal.
Meskipun terdapat peringatan daripada kerajaan terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barang sesuka hati, peningkatan kos operasi dan logistik dikatakan berpunca daripada reaksi peniaga rentetan penyasaran subsidi diesel yang dikuatkuasakan pada awal Jun lalu.
BACA LAGI: Bukan sahaja import Korea Selatan, Tan Cheng Hoe disebut antara 'big change' JDT?
BACA LAGI: Tepat masanya, Nafuzi pertahan lambat masukkan Syafiq Ahmad dan Ezebener Assifuah
Harga simen naik mendadak selepas penyasaran subsidi diesel dilancarkan. — Gambar Hiasan
Baru-baru ini, sebuah lagi luahan berkaitan masalah sama timbul selepas orang ramai mula khuatir akan kenaikan harga yang kian mendadak terhadap beberapa barangan lain.
Ia susulan satu hantaran tular di media sosial yang dikongsikan oleh kontraktor, Teduh Bina mendedahkan bahawa harga simen mengalami perubahan drastik.
"Harga simen naik (beg 50 kg), sebelum ini biasa beli RM22, sekarang ada dah kedai letak sampai RM26.50, RM28.50 pun ada, lagi jauh transport lagi mahal jadinya," katanya.
Sebelum ini, terdapat perkongsian di media sosial mengatakan peruncit terpaksa menaikkan harga barangan kerana tidak dapat menanggung kos penghantaran ditetapkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram