Status kerusi DUN Nenggiri diketahui Khamis


  • Politik
  • Rabu, 26 Jun 2024

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan berhubung permohonan penyandang kerusi DUN Nenggiri pada Khamis. — Gambar hiasan

KEPUTUSAN berhubung permohonan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan Mohd Azizi Abu Naim dijangka dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis ini.

Memetik laporan Malaysiakini, permohonan itu bagi mendapatkan perintah menghalang kerusi Mohd Azizi daripada dikosongkan sebelum ini.

Mohd Azizi berkata, permohonan perintah injuksi tersebut adalah untuk memastikan tiada sebarang pilihan raya dilakukan.

BACA LAGI: Mohd Azizi mohon perintah injuksi halang PRK DUN Nenggiri

BACA LAGI: KPM pujuk 399 calon tak hadir SPM 2023 ambil semula peperiksaan

2769343

Mohd Azizi merupakan salah seorang daripada tujuh wakil Rakyat BERSATU yang dilaporkan terhenti keahlian susulan keputusannya menyatakan sokongan kepada Anwar.

Beliau berkata, peguamnya juga sudah masukkan perkara-perkara lain yang boleh atau menghalang keputusan speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah bagi memastikan pengosongan kerusi tersebut tidak berlaku.

Jelasnya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemungkinan menangguhkan pengumuman berkenaan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas mendapat keputusan Mahkamah Tinggi.

Mohd Azizi sebelum ini memohon perintah untuk mengekalkan status quo semua pihak terbabit sementara menunggu pelupusan saman pemulanya bukan sahaja terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya dan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, tetapi juga dua pemimpin tertinggi Bersatu iaitu Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau turut memohon pengisytiharan mahkamah bahawa artikel 10.5 dibaca bersama 10.4 dan 10.6 perlembagaan parti politik itu melanggar hak perlembagaannya untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan kebebasan berpersatuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram