Nasib 6 Ahli Parlimen BERSATU diketahui dalam tempoh 21 hari lagi


  • Politik
  • Isnin, 24 Jun 2024

Speaker Dewan Rakyat mempunyai 21 hari untuk membalas notis BERSATU tentang kedudukan kerusi Ahli Parlimen parti itu. — The Star

SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan bahawa akan memberi jawapan terhadap notis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berhubung kekosongan enam kerusi Ahli Parlimen dalam tempoh 21 hari.

Johari berkata, notis yang diberikan oleh Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee diterimanya pada Jumaat lalu.

"Dengan izin ALLAH, sebaik sahaja saya mendapat semua jawapan saya akan hubungi anda semua (media). Saya ada 21 hari untuk kaji semula kedudukan Ahli Parlimen BERSATU," katanya pada Isnin.

BACA LAGI: Anggap dah keluar blok pembangkang, Speaker mudah nak umum kekosongan kerusi 6 MP BERSATU — Shahrir Samad

BACA LAGI: Notis telah dihantar, Speaker Dewan Rakyat tiada pilihan kecuali isytihar kekosongan 6 kerusi MP BERSATU

2763887

Speaker Dewan mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan sama ada berlaku kekosongan terhadap kerusi enam MP BERSATU. — Gambar hiasan

Pada Khamis lalu, Ronald berkata, notis itu membabitkan kekosongan kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan itu juga telah ditandatangan olehnya selaku Ketua Whip parti.

Pada Rabu, kerusi Nenggiri, Kelantan yang disandang bekas ahli BERSATU, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang kehilangan keahliannya dalam BERSATU kerana gagal menjawab surat rasmi yang mewajibkan beliau berikrar taat setia kepada parti pada 31 Mei. — The Star/JUNAID IBRAHIM, MARTIN CARVALHO DAN KHOO GEK SAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram