KPM pujuk 399 calon tak hadir SPM 2023 ambil semula peperiksaan


  • Primer
  • Rabu, 26 Jun 2024

KPM sudah mengesan dan memberi galakan kepada 399 calon tersebut untuk mendaftar dan menduduki SPM pada 2024. — Gambar hiasan

SERAMAI 399 daripada 10,160 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak hadir pada 2023 disarankan untuk mengambil semula peperiksaan itu pada 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Wong berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah mengesan dan memberi galakan kepada 399 calon tersebut untuk mendaftar dan menduduki SPM pada 2024.

"Kita berjaya tarik balik 399 calon tidak hadir untuk menduduki SPM tahun ini (2024)," katanya menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim berhubung tindakan KPM bagi mengatasi isu tersebut.

BACA LAGI: 'Level pengajar kena naik taraf', ramai gesa teliti kembali syarat jadi cikgu memandu tanpa SPM

BACA LAGI: Terlalu teruja menang 'jackpot' RM19.1 juta, lelaki rebah kena serangan jantung

2685252

Terdapat beberapa faktor luar menyebabkan ramai calon tidak hadir peperiksaan SPM 2023. — Gambar hiasan

Katanya, berdasarkan statistik, seramai 8,676 calon tidak hadir daripada sekolah KPM, manakala 1,263 (calon persendirian), 221 (calon sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta).

Tambah Wong, kategori paling ramai membabitkan calon telah berhenti sekolah iaitu seramai 3,858 orang.

"6,399 calon yang tidak hadir adalah dari kawasan bandar, manakala 2,277 calon dari kategori luar bandar tidak menduduki peperiksaan.

"Puncanya adalah di luar kawalan kementerian seperti calon sudah bekerja, masalah keluarga, kemalangan dan sakit," katanya. — The Star/KHOO GEK SAN, MARTIN CARVALHO DAN JUNAID IBRAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram