Tindakan segera diperlukan realisasi matlamat ESG


  • Bizz
  • Sabtu, 22 Jun 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) turut hadir merasmikan A-EPIC pertama di Asia Kuala Lumpur pada Jumaat.

GERAK kerja mesti dimulakan segera bagi menggalakkan penggunaan langkah pro-hijau dilakukan melalui inisiatif kerangka alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Demikian seruan dilaung dari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tiga kuasa media serantau merangkumi Star Media Group (SMG) dari Malaysia, KG Media (Indonesia) dan Inquirer Group of Companies (Filipina) berikutan pelancaran Konsortium Impak Kelestarian Asia ESG (A -EPIC) pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif SMG, Chan Seng Fatt berkata, usaha ESG tidak boleh menunggu sambil beliau turut menekankan kepentingan untuk mencapai inisiatif terbabit.

BACA LAGI: Konsortium Impak Kelestarian Asia komitmen 3 negara langkah tepat — PM Anwar

BACA LAGI: Tiga kuasa media Asia perluas liputan prinsip ESG bantu capai pelepasan sifar bersih menjelang 2050

“Pencapaian setakat ini masih ketinggalan. Masih jauh untuk kita mengejar. Ini bukan sesuatu yang boleh menunggu di mana kita semua perlu mengejarnya," katanya merujuk kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2030.

SDG PBB telah ditandatangani negara anggota pada 2015 dengan beberapa matlamat, seperti menamatkan kemiskinan, melindungi planet dan memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran menjelang 2030.

epic

A-EPIC akan terus mengambil langkah untuk memastikan penyebaran maklumat mengenai alam sekitar tepat.

Seng Fatt bercakap pada sidang akhbar selepas pelancaran rasmi A-EPIC.

Tambahnya, kehadiran orang kenamaan dan pemain industri asing merentasi pelbagai sektor pada pelancaran A-EPIC menunjukkan idea tersebut diterima baik di pasaran.

CEO

Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, Chan Seng Fatt.

“Kehadiran orang kenamaan dan pemain industri di majlis pelancaran ini membuktikan ramai pihak menyokong tujuan baik ini.

“Kami berharap pelancaran itu memperhebatkan dan meluaskan penggunaan amalan ESG dalam kalangan komuniti,” katanya.

CEO KG Media, Andy Budiman yang turut hadir menjelaskan bahawa antara petunjuk yang boleh diukur untuk kejayaan A-EPIC ialah bagaimana inisiatif tersebut memberi kesan positif kepada rantau ini.

Beliau juga menegaskan bahwa setakat ini hanya 15 peratus daripada matlamat SDG PBB berada di landasan yang betul untuk dicapai setakat ini.

"Ada enam tahun lagi untuk mencapainya tetapi perjalanan kami baru separuh. Salah satu KPI utama kami ialah bagaimana konsortium menyumbang ke arah kemajuan ESG di rantau Asia Pasifik,” tambahnya.

Presiden dan CEO Philippine Daily Inquirerl, Rudyard Arbolado berkata, A-EPIC yang baru dilancarkan itu akan membawa usaha mempromosikan ESG ke peringkat seterusnya dengan memberi tumpuan kepada topik alam sekitar kepada rantau ini.

Launch of the Region's First Asia ESG Positive Impact Consortium at Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. —YAP CHEE HONG/The Star

Chan Seng Fatt bersama CEO KG Media, Andy Budiman (tengah) dan Presiden dan CEO Philippine Daily Inquirerl, Rudyard Arbolado (kanan).

“Kami juga mendidik orang ramai tentang kepentingan prinsip ESG dan objektif keseluruhannya adalah untuk menggunakan jangkauan kolektif kami untuk bercakap dengan khalayak yang lebih luas.

"Dari masa ke masa, ini akan membawa penyelesaian yang akan membolehkan kami mencapai amalan mampan," kata Arbolado.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Star Media Group, Lydia Wang berkata, beberapa isu yang akan ditumpukan oleh A-EPIC ialah kemiskinan, alam sekitar dan menyelidik cara untuk meningkatkan kehidupan pelbagai komuniti.

Lydia juga berkata, SMG bekerjasama dengan KG Media Indonesia dan Philippine Daily Inquirer kerana kedua-dua negara itu adalah rakan dagang Malaysia yang kukuh.

“Kita perlu menjalankan ESG kita sebelum kita boleh bercakap tentang pertumbuhan ekonomi. Kami juga menyedari bahawa dalam komuniti kami, orang ramai bergelut untuk mendapatkan maklumat asas dan memahami terma kurang jelas,” tambah Lydia. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram