'The ball is in your court now,' Tok Mat ingatkan Setiausaha Negara AS, pastikan Israel patuhi resolusi penamatan konflik Palestin


  • Primer
  • Isnin, 24 Jun 2024

Mohamad berkata, Malaysia menekankan sokongannya terhadap sebarang langkah untuk menamatkan pembunuhan rakyat Palestin, termasuk melalui resolusi tajaan AS dan penyelesaian dua negara.

AMERIKA Syarikat (AS) kini bertanggungjawab untuk memastikan Israel mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang diluluskan baru-baru ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, Malaysia menekankan sokongannya terhadap sebarang langkah untuk menamatkan pembunuhan rakyat Palestin, termasuk melalui resolusi tajaan AS dan penyelesaian dua negara.

Mohamad berkata, semasa mesyuarat baru-baru ini di Amman, Jordan, beliau memberitahu Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken: “The ball is in your court now (Semuanya terpulang kepada AS). Ini cadangan anda, dan pastikan ia berfungsi. Kami mahu resolusi yang telah disokong oleh UNSC dilaksanakan, dan AS mesti memastikan sekutunya, Israel, mematuhinya."

BACA LAGI: BN siap sedia bertaruh 2 PRK DUN di DUN Kelantan, Selangor

BACA LAGI: Tak logik kalau ada negeri di Malaysia dakwa tidak pernah kena jajah — Pakar sejarah

Resolusi tiga fasa yang disokong AS itu termasuk gencatan senjata serta-merta dan penuh, pertukaran tebusan serta rancangan pembinaan semula Gaza.

“PBB telah mengadakan mesyuarat tergempar di Amman (Jordan) untuk membincangkan pembinaan semula Gaza, yang turut dihadiri Malaysia. Saya memberitahu (mesyuarat) bahawa kami akan menyokong penuh sebarang langkah untuk menyelesaikan konflik.

"Isunya ialah supaya pembunuhan (penduduk Palestin) dihentikan," katanya kepada Dewan Rakyat pada Isnin.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau sebelum itu menjawab soalan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) yang meminta menteri menyatakan sejauh mana hasrat kerajaan mengkaji semula pendekatan penyelesaian dua negara bagi menegakkan kedaulatan rakyat Palestin dalam Gaza.

Untuk itu, beliau yang juga dikenali sebagai Tok Mat berkata, Malaysia komited untuk menyelesaikan isu dihadapi rakyat Palestin sejak awal perang dan konflik pada 1948 yang merangkumi penyelesaian dua negara.

WhatsApp Image 2024-06-24 at 12.08.25

Resolusi tiga fasa yang disokong AS itu termasuk gencatan senjata serta-merta dan penuh, pertukaran tebusan serta rancangan pembinaan semula Gaza. — Agensi

“Kita telah menyokong sepenuhnya sebarang usul daripada Oslo Accord 1993 yang ditandatangani di Washington, AS dan dalam Sidang Kemuncak Taba 1995 di Mesir.

“Kita juga akan terus menyokong sebarang usaha untuk menyelesaikan konflik di Palestin, termasuk penyelesaian dua negara.

“Malaysia membawa suara rakyatnya bahawa kekejaman terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan, dan ia telah menjadi asas sokongan kami selama lebih 70 tahun,” ujarnya.

Pada 10 Jun, teks digubal AS yang menggesa gencatan senjata telah mendapat sokongan dengan majoriti besar 14 undi. Rusia berkecuali dan memilih untuk tidak menggunakan kuasa vetonya.

Resolusi itu juga menggesa kedua-dua pihak untuk melaksanakan sepenuhnya terma cadangan "tanpa berlengah-lengah dan tanpa syarat."

Wakil Tetap Rusia memberitahu Majlis selepas undian, perlu ada lebih kejelasan sama ada Israel bersetuju dengan resolusi itu dan menyebabkan Moscow ragu untuk menawarkan sokongannya. — The Star/JUNAID IBRAHIM/MARTIN CARVALHO/KHOO GEK SAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram