[VIDEO] 'Hadiah perkahwinan', pengantin lelaki kena beduk abang ipar sejurus akad nikah lepas kantoi buat ugutan bunuh


  • Benua
  • Khamis, 20 Jun 2024

Tangkap layar memaparkan wali dan pengantin lelaki bergaduh.

TULAR di media sosial memaparkan pergaduhan antara pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan dalam kejadian yang berlaku di Kampung Dufa-Dufa, Kota Ternate, Indonesia, baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu dipercayai berpunca daripada konflik keluarga wanita dan pengantin lelaki.

Difahamkan, sebelum majlis akad nikah tersebut, pengantin lelaki sempat mengancam untuk membunuh keluarga pihak perempuan demi memastikan perkahwinan itu berlangsung.

BACA LAGI: Tak tahu nak sedih atau ketawa, tangan fans Jerman patah terkena sepakan kencang Niclas Fullkrug

BACA LAGI: [VIDEO] Budak pasang impian beraksi bersama Brazil maut ditembak depan ayah pada hari lahir ke-9

Menerusi video yang berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan tindakan wali yang juga merupakan abang kepada pengantin perempuan sempat melafaz akad.

Namun, tidak lama selepas pengantin lelaki melafazkan akad, wali yang bernama Muhammad Fahri Tarafannur itu tiba-tiba memukul pengantin lelaki yang baru sahaja sah menjadi adik iparnya.

Menurut Fahri, pengantin lelaki berkenaan pernah mengugut mahu membunuh keluarganya menerusi aplikasi WhatsApp.

Ekoran kejadian itu, pihak keluarga pengantin lelaki meluahkan rasa kesal dengan tindakan Fahri dan merasakan seperti tidak dihargai ketika datang dari jauh untuk menghadiri majlis tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram