Liga Malaysia bakal melingkup tidak lama lagi? Penganalisis jangka hanya 3 pasukan kekal bersaing


  • Podium
  • Khamis, 20 Jun 2024

KDA FC, Sri Pahang, Sabah dan Perak sedang bergelut untuk menyelesaikan masalah gaji yang melanda kelab masing-masing.

LIGA Malaysia (Liga M) bakal tutup kedai?

Itulah ungkapan daripada penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli yang beranggapan bahawa Liga M berkemungkinan tumbang dalam masa beberapa tahun lagi disebabkan isu kewangan dihadapi.

"Liga Malaysia, khususnya Liga Super berpotensi 'collapse' atau melingkup dalam masa beberapa tahun lagi," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Hadiah perkahwinan', pengantin lelaki kena beduk abang ipar sejurus akad nikah lepas kantoi buat ugutan bunuh

BACA LAGI: Tambah marsyal antara 3 cara elak aksi panas El Clasico Malaya berulang

Pekan Ramli

Datuk Pekan Ramli berpendapat bahawa Liga Malaysia akan tumbang dalam masa beberapa tahun lagi . — Astro Arena

Ia susulan selepas isu tunggakan gaji sekali lagi menjadi beban buat beberapa kelab Liga Super musim 2024/2025.

Ketika ini, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sri Pahang FC, Sabah FC dan Perak FC antara kelab Liga M yang sedang bergelut dengan kemelut kewangan tersebut.

Menurutnya, penyakit berkenaan yang dilihat boleh diubati sebelum ini nampaknya menjadi sukar untuk mencari penawarnya.

"Isu tunggakan gaji pemain dan pegawai dari status penyakit kini sudah jadi barah. Jika tidak diselesaikan secara serius atau transformasi secara menyeluruh tidak dilakukan kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada Liga Super," ujarnya.

Pekan juga tidak menolak sekiranya jumlah pasukan yang menyertai Liga Super mungkin akan terus berkurangan andai masalah tersebut tidak menemui jalan penyelesaian.

“Jumlah pasukan bersaing di Liga Super ketika ini pun sudah mula berkurang. Musim lalu 14 pasukan, musim ini 13 pasukan, musim depan mungkin 10 pasukan sahaja dan musim-musim seterusnya mungkinkah hanya tinggal JDT, Selangor dan Terengganu?," katanya.

Bercakap mengenai keberkesanan pelaksanaan Financial Fair Play (FFP) dalam saingan Liga M musim ini, Pekan berkata, inisiatif tersebut dilihat tidak memberi impak kepada beberapa kelab yang terlibat.

"Saingan liga baru dua perlawanan, malangnya sudah kedengaran beberapa pasukan bergelut untuk menyelesaikan tunggakan gaji.

"Kalau Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) laksanakan FFP pun saya rasa mereka buat 'pekak' juga," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram