Habuan jutaan ringgit menanti JDT, Selangor beraksi di Asia


  • Podium
  • Khamis, 20 Jun 2024

JDT dan Selangor bakal menerima jutaan ringgit hasil daripada beraksi di peringkat kumpulan kejohanan AFC musim 2024/25. — Facebook/Selangorfc

DUA wakil kelab Liga Malaysia pastinya tersenyum lebar selepas dikhabarkan akan menerima habuan jutaan ringgit.

Penyertaan dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/2025 bakal memberi pulangan lumayan kepada Selangor FC yang menjadi wakil tunggal Malaysia dalam kejohanan Asia tersebut.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Selangor dijanjikan habuan lumayan sejumlah AS$300,000 bersamaan RM1.4 juta.

BACA LAGI: Tambah marsyal antara 3 cara elak aksi panas El Clasico Malaya berulang

BACA LAGI: Lakar sejarah sendiri, Natasha fokus sasaran baharu di Thailand Open dan Asian Championships

WhatsApp Image 2024-06-20 at 11.47.30

Yohandry Orozco (kiri) melakukan aksi siuuu selepas mencetak dua gol aksi Selangor berdepan Negeri Sembilan saingan Piala FA 2024. Facebook/Selangorfc

“Semua kelab yang mengambil bahagian akan disokong oleh peningkatan ketara dalam pengagihan kewangan, kerana pasukan yang memasuki peringkat kumpulan dijamin sekurang-kurangnya AS$300,000 (RM1.4 juta).

“Wang tambahan tersedia berdasarkan penempatan akhirnya, bermakna juara akan menerima sekurang-kurangnya AS$3.28 juta (RM17.8 juta)," katanya.

Manakala, pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC Elite musim 2024/2025 turut memperolehi habuan bernilai AS$800,000 bersamaan RM3.77 juta.

Jumlah wang kemenangan itu bakal bertambah sekiranya Harimau Selatan berjaya mengulangi pencapaian layak ke Pusingan 16 terbaik dan akan mendapat tambahan wang tunai sebanyak AS$200,000 bersamaan RM942,000.

Dalam pada itu, dengan habuan besar yang bakal diterima oleh dua wakil Malaysia itu, penyokong tanah air memberi kata-kata semangat agar kedua-dua pasukan menampilkan prestasi cemerlang.

"Alhamdulillah, semoga dua pasukan dari Malaysia ni dapat buat yang terbaik dan bagi saingan," kata Irwa Azrin.

"Steady JDT dan Selangor. Semoga dua pasukan Malaysia mendapat kejayaan," kata Nazrul Amree.

"Semoga JDT, Selangor FC dapat keputusan yang membanggakan Malaysia, semua kelab kena support," kata Lemet Pishang.

"Terbaik, harumkanlah nama negara kepada dua kelab yang mewakili Malaysia ini, Malaysia Bolehhhhhh!," kata Shah ShahSelamat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram