MPS cadang lokasi longgokan sampah di Rawang dijadikan 'art street'


  • Primer
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Cadangan 'art street' itu antara usaha menangani masalah longgokan sampah di kawasan lorong Jalan Welman, Rawang, Selangor. — The Star

MAJLIS Perbandaran Selayang (MPS) sedang mengkaji cadangan menggunakan seni sebagai perubahan baharu di Rawang, Selangor.

Ahli MPS, Alice Choo Foong Thye berkata, jika dapat dijayakan, lorong di luar Jalan Welman, Pusat Bandar Rawang akan menjadi jalan seni pertama di bandar tersebut.

Alice berkata, lorong itu juga sering menjadi laluan dan jalan pintas Jalan Welman dan Jalan Maxwell, Rawang.

BACA LAGI: Notis telah dihantar, Speaker Dewan Rakyat tiada pilihan kecuali isytihar kekosongan 6 kerusi MP BERSATU

BACA LAGI: Tiada kos tambahan, sukarelawan guru Singapura ditempatkan di luar bandar dan pedalaman

msg1050426791-34089

Lukisan mural antara inisiatif untuk mencantikkan landskap bangunan kedai di kawasan terbabit. — Gambar hiasan/The Star

Beliau juga yakin bahawa kawasan itu berpotensi untuk dinaik taraf.

"Pemilik kedai di lorong itu juga bersetuju dengan cadangan lukisan mural di dinding bangunan mereka," katanya.

Menurutnya, terdapat kawasan tanah luas di hujung lorong berkenaan yang juga digunakan sebagai tempat pembuangan sampah.

Alice berkata, pihaknya tetap mahu membersihkan kawasan itu meskipun pemilik tanah masih belum dikesan.

"Jika pemilik tampil, kita boleh serahkan kepadanya dan sekiranya semua berjalan lancar, kami akan cadangkan kepada MPS untuk gunakan dana daripada inisiatif 'kawasan bandar selamat' peringkat negeri bagi meneruskan projek itu," jelasnya.

Katanya lagi, jika lorong yang sentiasa gelap dan kotor itu dibersihkan, ia dapat menarik minat peniaga sekali gus menjadi kawasan selamat untuk pejalan kaki.

Dalam pada itu, Alice berkata, ADUN Rawang, Chua Wei Kiat bersama Pegawai Jabatan Kejuruteraan dan Landskap MPS melawat kawasan itu pada 12 Jun lalu.

"Pada mulanya, saya cadangkan laluan belakang Jalan Maxwell untuk projek itu.

"Tetapi longkang di belakang perlu dinaik taraf, jadi saya fikir pada masa sama boleh menaik taraf infrastruktur dan mencantikkan lagi kawasan itu," jelasnya.

Beliau bagaimanapun berkata, projek itu terpaksa ditangguhkan kerana ia kerap digunakan beberapa kenderaan dan mengambil kira perubahan aliran trafik.

Justeru, Alice berkata, pihaknya memutuskan bahawa akan mempertimbangkan untuk melakukan projek berkenaan di laluan lorong Jalan Welman kerana lebih pendek dan hanya digunakan oleh pejalan kaki.

"MPS juga akan melakukan lawatan kedua ke lorong itu dijadualkan pada 24 Jun nanti," tambahnya. — The Star/VIJENTHI NAIR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram