Di sebalik persepsi negatif, restoran terkemuka mahu guna khidmat Anne Gentleman dalam video iklan


  • Bizz
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Pak Mat Western dikatakan menggunakan Anne Gentleman untuk memperoleh populariti di media sosial.

SELEPAS tular mengenai rakaman perbalahan di sebuah kedai, Pak Mat Western dikatakan 'laju' mengambil inisiatif untuk meningkatkan pemasarannya dengan memuat naik gambar lelaki yang terlibat dalam pergaduhan, Anne Gentleman di media sosialnya.

Dalam hantaran di media sosial, Pak Mat Western menunjukkan gambar Anne sedang menjamu selera di Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang.

"Ramai betul menjamu selera di Pak Mat Western tak kira tua dan muda. Jemput datang Pak Mat buka 24 jam," tulisnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua lelaki ditahan lepas gaduh 'gentlemen' gara-gara minuman keras

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Anne one to one gentleman' berlatih karate, ramai nasihat lupakan sengketa lama, baik minta maaf

WhatsApp Image 2024-06-14 at 2.53.21 PM

Anne membuat pembayaran kambing perap.

Tidak hanya itu, Pak Mat Western turut memuat naik Anne sedang membuat pembayaran sambil mempromosikan kambing perap yang dijual.

"Tengah promosi ini memang ramailah yang beli kambing perak buat BBQ malam raya," tulisnya.

Dalam pada itu, Pak Mat Western ketika dihubungi Majoriti turut mengakui bahawa foto tular Anne di media sosial itu adalah untuk tujuan pemasaran.

Selepas ini, perniagaan tersebut akan menggunakan lelaki itu sebagai salah satu watak dalam video iklannya.

Gambar berkenaan menimbulkan banyak persepsi negatif daripada warganet yang beranggapan Pak Mat Western tidak sensitif dengan isu semasa.

Antaranya, seorang pengguna, Zetty Isbanez terkilan apabila Pak Mat Western mengambil orang yang pernah terlibat dalam kes pergaduhan untuk menaikkan popularitinya.

"Pak Mat Western sokong orang yang buat salah ke? Patut kita jadikan contoh?," katanya.

Terdapat juga seorang pengguna, Man Hasry yang sudah terfikir bahawa Anne bakal dipanggil untuk mempromosikan produk mereka.

"Seperti yang saya cakap sebelum ini, kan betul. Mesti mereka berdua akan dipanggil," katanya.

Pengguna lain, Ezhamry Azhar pula beranggapan seharusnya pihak Pak Mat Western mengambil seseorang yang lebih layak dan mampu memberi inspirasi buat semua.

"Perangai hodoh macam itu pun Pak Mat Western ambil? Kes pukul orang hentak dengan helmet. Biarlah bagi contoh yang baik sedikit kalau mahu populariti pun," tulisnya.

Sebelum ini, tular mengenai pergaduhan teruk sehingga Anne bertindak memukul kepala seorang pemilik kedai.

Difahamkan, perbalahan itu tercetus apabila Anne tidak berpuas hati dengan layanan pemilik kedai yang agak biadab sehingga membawa kepada pertikaman lidah dan akhirnya perbalahan fizikal secara 'satu lawan satu' berlaku.

Lelaki India itu akui keadaannya yang mabuk mengakibatkan dia tidak dapat mengawal keadaan.

Walaubagaimanapun, difahamkan, Anne dan pemilik kedai berkenaan sudah pun berbaik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram