Keracunan makanan di Gombak: Kertas siasatan akan dirujuk kepada TPR


  • 112
  • Khamis, 20 Jun 2024

Hidangan yang merupakan bihun goreng dan telur mata disyaki punca utama keracunan makanan dialami beberapa pengunjung majlis. — Gambar hiasan

POLIS akan merujuk kertas siasatan lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian di Gombak, Selangor pada 10 Jun lalu

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, tindakan itu akan diambil selepas laporan bedah siasat diperoleh dalam tempoh sebulan.

“Terbaharu tujuh orang lagi yang terdiri daripada mangsa termasuk pengetua dan guru sekolah diambil keterangan. Ini menjadikan keseluruhan setakat ini, seramai 22 individu sudah dirakam keterangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: Dua maut keracunan makanan: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan polis Gombak

BACA LAGI: Polis panggil katering, guru dan penganjur program susulan kes mati keracunan makanan di Gombak

2555075

Noor Ariffin menegaskan tindakan akan diambil dalam tempoh sebulan.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan selepas makan sarapan pagi pada Program Kemahiran Amal Islami (Kamil) Peringkat Daerah Gombak.

Dua mangsa iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun maut dipercayai akibat keracunan makanan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ummi Kalthom Shamsudin dilaporkan berkata, keracunan makanan itu disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur mata yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram