SETIAP individu pasti mempunyai kenangan atau momen tidak boleh dilupakan ketika menunaikan ibadah haji di tanah suci.
Begitu juga dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang tidak ketinggalan berkongsi pengalaman menunaikan ibadah mulia itu kepada masyarakat.
Menerusi hantaran dimuat naik di Twitter (X) miliknya pada Selasa, terdapat beberapa gambar memaparkan beliau bersama beberapa lagi jemaah lain sedang berehat selepas menyelesaikan urusan wajib haji seperti mabit dan melontar di jamrah sebelum Nafar Awal.
BACA LAGI: Pemandu rempuh masuk tanah perkuburan di Kepala Batas rupanya kena sawan, baru pulang beraya
BACA LAGI: Dua maut keracunan makanan: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan polis Gombak
Komen yang dilontarkan pada hantaran Amirudin. — Twitter/Amirudin
Namun, gambarnya yang sedang tidur di atas lantai beralaskan sejadah pula meraih perhatian apabila beliau dikatakan berusaha keras menunjukkan diri seperti rakyat biasa.
"Try hard nak tunjuk terpaling marhaen ke ni?," tulis @Solisidtor.
Komen itu diberikan berkemungkinan kerana melihat status Amirudin sebagai orang kenamaan yang tidak dikelilingi pengiring mahupun pengawal peribadi ketika mengerjakan ibadah.
Bagaimanapun, menurut seorang pengguna akaun @adzman86, tindakan memuat naik komen tersebut dilihat sebagai tidak sopan.
Baginya, Amirudin seorang yang sentiasa bersikap rendah diri.
"Bila hati sudah hitam, orang tengah buat kerja haji pun dia nak hentam. Yang betul-betul kenal MB Selangor ni tau lah beliau punya level marhaen macam mana, bukan spesies elit perasan bangsawan," tulisnya.
Mengulas lanjut, rata-rata warganet lain turut menyokong pendapatnya malah ada yang menyarankan orang ramai untuk menzahirkan kata-kata yang sopan.
"Sepatutnya ucap Alhamdulillah," sokong @AkimZone. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram