Polis panggil katering, guru dan penganjur program susulan kes mati keracunan makanan di Gombak


  • 112
  • Selasa, 11 Jun 2024

Dua kes kematian dilaporkan akibat keracunan makanan selepas memakan bihun dan telur goreng. — Gambar hiasan

POLIS akan memanggil pengusaha katering, guru dan penganjur program di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Chincin, Gombak untuk siasatan kes dua kematian akibat keracunan makanan selepas memakan bihun dan telur goreng.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka ini akan dipanggil dalam masa terdekat.

"Kita masih menunggu laporan makmal berkaitan jenis keracunan makanan yang dihadapi mangsa dan ketika ini kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

BACA LAGI: Kes 2 pelajar maut keracunan, KKM sahkan sarapan disediakan pengendali makanan luar

BACA LAGI: Anak kena kudis buta sampai kuku tercabut, doktor kongsi petua elak kutu berjangkit

WhatsApp Image 2024-06-11 at 6.22.59 PM

Dua orang meninggal dunia selepas keracunan makanan. — Gambar hiasan

"Mengenai berapa ramai yang akan dipanggil ia bergantung siasatan.

"Polis akan menyiasat semua pihak berkaitan dan saya juga difahamkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah arah untuk penutupan kantin sekolah terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Selasa.

Setakat ini, mangsa yang maut melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun," ujarnya.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan pihak perkhidmatan makanan menghentikan bekalan yang disyaki menjadi punca keracunan makanan pada program sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kes pertama melibatkan remaja lelaki tempatan berusia 17 tahun telah memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya selepas menghadiri program di sekolah berkenaan pada Sabtu.

Mangsa kemudian dilapor mengalami cirit-birit dan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1.30 petang pada Isnin, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Manakala, kes kedua terjadi apabila bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan membawa balik makanan selepas selesai program sekolah pada Sabtu.

Kanak-kanak itu kemudian demam, muntah dan cirit birit pada Isnin, sebelum dibawa ibunya ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan. — TheStar/JustinZack

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram