'Itu janji mereka kepada kerajaan', Fuziah tegaskan tahap pengeluaran telur capai SSL 100 peratus


  • Primer
  • Rabu, 19 Jun 2024

Penurunan harga runcit telur sebanyak tiga sen berkuat kuasa selepas pengumuman dibuat pada Isnin lalu.

TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh menegaskan kerajaan sudah menerima jaminan daripada pemain industri sebelum menurunkan harga telur.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, penurunan harga runcit sebanyak tiga sen untuk telur gred A, B dan C dibuat kerana pengeluaran produk tersebut berada dalam keadaan stabil.

"Sebelum pengumuman dibuat, kami sudah bertemu dengan pemain industri dan menerima jaminan bahawa bilangan telur dalam negara adalah mencukupi. Itu adalah janji mereka kepada kerajaan," katanya.

BACA LAGI: 'Mana pergi penjimatan penyasaran subsidi?', harga barang mentah kekal antara pulangan balik buat rakyat

BACA LAGI: Belum masanya struktur semula subsidi RON95 — Pakar

—Visit of the acting Minister of KPDN Senator Fuziah Saleh to LULU Hypermarkets Kuala Lumpur in conjuction with implementaion of the maximum price  Scheme for the 2023 Deepavali festival Season . Kamarul Ariffin/ THESTAR

Fuziah (dua dari kiri) menegaskan kerajaan sudah menerima jaminan.

Kenyataan tersebut dibuat sebagai respons terhadap Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Dr Ameer Ali Mydin yang dilaporkan berkata, kerajaan sepatutnya meningkatkan kadar penghasilan telur subsidi dalam pasaran dan bukannya menurunkan harga penjualannya.

Fuziah turut menegaskan pengeluaran telur ayam dalam negara sebenarnya telah mencapai tahap sara diri (SSL) 100 peratus.

"60 peratus pengeluaran ialah telur Gred A, B, C selainnya ialah telur seperti Omega," ujarnya.

Media pada Isnin melaporkan kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan tiga sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga runcit terkini bagi telur gred A, B dan C turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa Isnin. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram