Servis hantar ubat secara pos kini boleh dibayar secara 'online'


  • Bizz
  • Isnin, 17 Jun 2024

Orang ramai kini boleh membuat pesanan ubat dari KKM menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. — Pos Malaysia

SISTEM pembayaran tanpa tunai kini diperkenalkan Pos Malaysia Bhd yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kiplepay Sdn Bhd untuk perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, inisiatif itu membolehkan masyarakat membuat pesanan ubat daripada fasiliti kesihatan KKM dan melakukan transaksi pembayaran secara dalam talian sebelum dihantar oleh Pos Malaysia.

Charles berkata, langkah strategik itu merupakan komitmen bersama untuk memperbaiki dan meningkatkan kemudahan sistem kesihatan bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang mempunyai keupayaan terhad untuk mengunjungi fasiliti kesihatan.

BACA LAGI: Jangan jadi ‘detective’ percuma, bekas peguam nasihat tunggu maklumat sahih perkembangan kes Zayn Rayyan

BACA LAGI: Harga runcit telur gred A, B, dan C turun 3 sen sebiji mula Isnin

3-63

Perkhidmatan itu boleh digunakan melalui aplikasi MyUbat. — KKM

Katanya, ia juga mempamerkan komitmen kumpulan terhadap inovasi dan kebolehcapaian dalam penjagaan kesihatan.

"Dengan mengintegrasikan teknologi pembayaran terkini ke dalam perkhidmatan UMP dengan lancar, Pos Malaysia sedang menyusun semula operasi dan memastikan akses yang mudah.

"Ini menunjukkan dedikasi kami dalam memenuhi pelbagai keperluan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, ciri pembayaran dalam talian yang diperkenalkan itu diintegrasikan melalui gerbang pembayaran Pos Malaysia ke dalam aplikasi MyUBAT KKM, membolehkan pesakit membuat pembayaran yang selamat dan mudah dari mana-mana sahaja.

"Sistem ini menyokong pelbagai kaedah pembayaran, termasuk kad kredit dan debit serta perbankan dalam talian, memastikan proses transaksi yang lancar bagi semua pengguna," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram