[VIDEO] Lepas aksi 'sasau', Presiden AS jadi beku atas pentas ketika majlis kutip derma


  • Benua
  • Isnin, 17 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan tindakan Obama yang membantu mengiringi Biden turun dari pentas tersebut.

TINDAKAN Barack Obama membantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk turun dari pentas ketika majlis mengutip derma di Teater Peacock, Los Angeles, AS pada Sabtu menarik perhatian ramai.

Aksi yang tular di media sosial itu semakin menimbulkan kebimbangan dan kegusaran rakyat AS tentang posisi Biden sebagai Presiden.

Menerusi video tersebut, Biden bersama Obama dan pengacara televisyen, Jimmy Kimmel di atas pentas pada awalnya melambai sambil tersenyum ke arah penonton.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan aniaya orang', masih ada lagi isu lembu kurus diguna untuk korban Aidiladha

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa khusyuk bakar sotong cemas api menyambar terkena anak kecil di Vietnam

Biden bagaimanapun dilihat berdiri tegak sambil memandang penonton dalam keadaan terkedu sebelum tangannya digapai Obama beberapa saat kemudian.

Pada masa sama terdengar tepukan dan sorakan diberikan oleh para penonton sebelum menyaksikan insiden tidak terjangka itu.

Majlis kutipan derma pada malam tersebut mengumpul dana lebih RM141 juta untuk bidaan pemilihan semula Biden sebagai Presiden.

Namun, keadaan itu sebenarnya bukan kali pertama berlaku kerana Biden yang berusia 81 tahun itu juga pernah mengalami situasi sama ketika menghadiri majlis di Itali.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni pada ketika itu terpaksa menepuk lembut bahu Biden dan mengarahkannya kembali ke lokasi majlis.

Dalam pada itu, usia Biden turut menjadi kebimbangan besar buat pengundi pada musim pilihan raya nanti kerana beliau antara presiden tertua yang pernah berkhidmat sebagai Presiden.

Biden juga sebelum ini pernah dicabar bekas Presiden, Donald Trump untuk melakukan ujian kognitif atas faktor usianya itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram