[VIDEO] Ramai tampil 'bantu' perjelas kelayakan ISO 14001 calon PAS bertanding PRK Sg Bakap


  • Politik
  • Isnin, 17 Jun 2024

Tuan Ibrahim (dua kiri) menyerahkan watikah pencalonan kepada Abidin selepas diumumkan sebagai calon PN pada Majlis Pengisytiharan Calon PN PRK Sungai Bakap pada Sabtu.

LATAR belakang pendidikan Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail, 65, kini mula dipertikaikan sejurus namanya dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 6 Julai depan.

Pertikaian itu timbul apabila Abidin diumumkan sebagai calon yang mempunyai kemampuan hebat kerana memiliki sijil ISO 14001 Environmental Management System (EMS).

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pada Majlis Pengisytiharan Calon PRK N20 Sungai Bakap di Bandar Tasek Mutiara, pada Sabtu lalu.

BACA LAGI : [VIDEO] Lepas aksi 'sasau', Presiden AS jadi beku atas pentas ketika majlis kutip derma

BACA LAGI : PRK Sg Bakap: Abidin Ismail dinamakan calon PN

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

msg1050426791-33834

Tuan Ibrahim ketika mengumumkan calon PN yang bertanding di PRK Sungai Bakap.

Ia sekali gus mengejutkan orang ramai kerana tidak menyangka bahawa sijil yang tidak mudah dianugerahkan itu diterima oleh Abidin.

Rentetan itu, ramai dalam kalangan warga maya dilihat tampil 'membantu' menjelaskan tentang kelayakan tersebut pada calon PAS itu.

Mengulas lanjut, pengguna akaun Twitter (X) @DrRamliZainal berkata, sijil berkenaan biasanya layak diberikan kepada organisasi dan bukan individu.

"Sijil ISO 14001 dan juga sijil ISO lain diberi kepada organisasi bukan individu," tulisnya.

"Manusia yang pertama dalam dunia dapat sijil ISO. Yang aku tahu, syarikat or kilang je yang ada. Semua terkedu," komen @BadBoy2662.

Perkara itu juga membuatkan sesetengah warganet beranggapan bahawa pencapaian Abidin tiada kaitan dengan parti politik.

"Sebagai juruaudit, tahu tak ISO 14001 ni untuk kilang-kilang. Kalau dia cakap dia disahkan juruaudit ISO okay, tapi masih tak ada hubungan pun dengan parti politik," jelas @theonlyfaizmusa.

GQM64KdboAEgn7B

Penjelasan tentang kelayakan ISO 14001. — Twitter

Sementara itu, selain sijil ISO, Abidin juga mempunyai pencapaian lain iaitu dalam bidang logistik dan pernah membantu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff.

Abidin bakal berdepan calon Kerajaan Perpaduan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Joohari Ariffin, 60.

Pemilihan beliau juga dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS berdasarkan kelayakan dan latar belakangnya.

Menurut Tuan Ibrahim, Abidin adalah calon paling tepat memandangkan beliau mengenali semua kerja Allahyarham dan percaya mampu menggalas tanggungjawab sama seperti Allahyarham Nor Zamri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram