[VIDEO] Mengumpat belakang dipercayai punca lelaki mengamuk, tengking staf dobi wanita di Sabah


  • Tular
  • Ahad, 16 Jun 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan tindakan seorang lelaki yang mengasari seorang pekerja dobi wanita di Penampang, Sabah pada Rabu lalu.

SEORANG lelaki dikesan bertindak di luar kawalan apabila mengasari wanita menggunakan perkhidmatan sebuah dobi layan diri di Taman Suria, Penampang, Sabah pada Rabu lalu.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular sejak Ahad, pertengkaran mulut berlaku sebelum lelaki terbabit bertindak sedemikian.

Dalam video itu, lelaki memakai baju hitam sambil membawa baku berisi baju pada awalnya dilihat memasuki dobi dengan kasar.

BACA LAGI: Belum masanya struktur semula subsidi RON95 — Pakar

BACA LAGI: 'Apa kami boleh buat?', pelajar IPT duduk PPR terpaksa mengalah lihat penduduk main cop parkir

Bakul yang dibawanya itu dihempas dengan kuat di hadapan wanita tersebut sebelum bakul sama ditendang hingga ke pintu mesin dobi.

Pada masa sama, kelihatan wanita berkenaan bersama dua lagi wanita sedang berbual dan bergelak ketawa sambil mencuri pandangan ke arah lelaki itu.

Difahamkan, seorang daripadanya seakan-akan berkata tidak baik terhadap lelaki tersebut sekali gus mengundang kepada pergaduhan.

Lelaki itu kemudiannya dilihat menegur wanita bertudung hitam itu sebelum menghampirinya dan menengking serta melibas baju pada mukanya beberapa kali.

Rata-rata warganet yang melihat video tersebut sememangnya tidak menyokong tindakan lelaki berkenaan, namun ada juga mendakwa bahawa kata-kata wanita itu menjadi punca pertengkaran berlaku.

"Kalau menurut apa orang ramai cakap, staf dobi perempuan tu yang kurang ajar, mengumpat lepas itu perli belakang pelanggan sambil gelak-gelak," tulis @MALAYSIAVIRALL.

"Aku dah banyak kali jumpa perempuan macam ini, jenis perli-perli orang yang tak kenal pun. Kadang saja cakap kuat supaya orang tu boleh dengar yang dia tengah perli," @akmalios.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan belum ada kenyataan dikeluarkan kedua-dua pihak mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram