TINDAKAN seorang lelaki berendam di dalam tasik Telangana, India pada Isnin mengundang salah faham kepada orang ramai termasuk pihak berkuasa.
Ia selepas tularnya sebuah video sejak Sabtu yang memaparkan anggota polis India cuba menyelamatkan lelaki berkenaan kerana disangka lemas.
Dalam video sama, lelaki terbabit dilihat berada dalam keadaan terapung dan tidak bergerak selama beberapa jam.
BACA LAGI: Kecewa tersingkir penentuan penalti, isu gaji lemahkan mental mana-mana pemain termasuk Sri Pahang
Drunk Man Mistaken for Dead, Found Alive in Hanumakonda Pond
Residents of Reddypuram Kovelakunta in Hanumakonda were taken aback today after discovering what they initially believed to be a dead body floating in the local pond.
The man, later identified as a quarry worker from... pic.twitter.com/3koRv6iCai
— Sudhakar Udumula (@sudhakarudumula) June 10, 2024
Menurut penduduk di Reddypuram Kovelakunta, lelaki itu pada awalnya disangka mayat kerana terbaring dalam air dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.
Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk sebelum melaporkannya kepada polis Universiti Kakatiya (KU) dan pasukan keselamatan lain.
Namun, usaha menyelamat itu bertukar tragedi lucu apabila lelaki berkenaan secara tiba-tiba bangun ketika ditarik keluar oleh seorang anggota polis.
Menerusi laporan agensi, individu itu dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu letih bekerja pada waktu malam dan membuat keputusan untuk menyejukkan badan di dalam tasik tersebut, selain turut didakwa berada di bawah pengaruh alkohol.
Pada masa sama, lelaki itu juga meminta sejumlah wang daripada polis yang menyelamatkan dirinya dengan alasan tidak mempunyai duit tambang mencukupi untuk pulang ke rumah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram