'Apa kami boleh buat?', pelajar IPT duduk PPR terpaksa mengalah lihat penduduk main cop parkir


  • Massa
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Kawasan parkir yang terhad dan tidak dikawal ketat di rumah pangsapuri kos rendah. — Gambar hiasan/The Star

'BUKAN hak sesiapa'. Itulah isi hati para penuntut universiti yang menetap di pangsapuri kos rendah (PPR) dan berhadapan dengan masalah cop parkir.

Menurut seorang pelajar sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam, Syafiqah, 23, budaya tidak sihat itu sememangnya berlaku dan seolah-olah sukar dibendung.

Baginya, parkir yang disediakan di kawasan pangsapuri adalah untuk kegunaan umum dan tidak dikawal khas oleh pengurusan pangsapuri.

BACA LAGI: Sikap 'boleh je' punca budaya cop parkir PPR 'tidak nampak bayang' akan selesai

BACA LAGI: Tiada kutipan bulanan nak cop parkir, mengadu ke PBT pun buat tak tahu — Penduduk PPR

1469621

Kenderaan buruk atau rosak juga dijadikan sebagai alat untuk cop parkir. — Gambar hiasan

Syafiqah pada masa sama tidak menafikan bahawa perkara itu sedikit sebanyak menimbulkan perasaan marah terhadap individu tidak bertanggungjawab itu.

"Saya marah, tapi tak buat apa-apa. Kadang-kadang ada rasa macam nak buat juga cop parkir, tapi tak sampai hati nak buat," katanya kepada Majoriti.

Manakala seorang lagi pelajar yang juga berdepan masalah sama, Raja Nur Yasmin, 23, pula berkata, masalah itu tidak berkemungkinan tidak ketara bagi penduduk yang mempunyai motosikal sahaja.

Dia sebagai penduduk yang menyewa di rumah tersebut juga tidak peka dengan tindakan atau hukuman ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Tak pernah pula saya mengadu dan tak tahu pun berkenaan hukuman cop parkir," katanya.

1469622 (1)

Masalah parkir yang bagaikan tiada kesudahan terutamanya di rumah pangsapuri kos rendah. — Gambar hiasan/The Star

Rata-rata mereka kelihatan pasrah dengan situasi tersebut serta terpaksa akur kerana status parkir yang dibuat dengan terma 'siapa cepat, dia dapat'.

Sebelum ini, beberapa pihak juga ada menyuarakan tentang jalan penyelesaian yang lebih efektif bagi menempatkan isu itu di titik noktah.

Pakar Sosial dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Prof Dr Mohammad Shatar Sabran menyatakan bahawa sikap memandang remeh sesetengah penduduk sukar untuk mengatasi masalah tersebut.

Namun, sehingga kini masih belum ada tindakan baharu yang lebih efektif dilakukan oleh mana-mana pihak pengurusan mahupun pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram