[VIDEO] Warga maya gesa Fahmi Fadzil ambil tindakan, sekat video 'Love Raya' Aliff Syukri perlekeh orang Melayu dan Islam


  • Massa
  • Isnin, 01 Apr 2024

Tangkap layar sedutan lagu raya Aliff Syukri yang bertajuk 'Love Raya' menjadi kecaman warga maya sejak dilancarkan pada Ahad.

USAHAWAN kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menerima kecaman warga maya selepas memuat naik sedutan lagu raya terbaru yang bertajuk 'Love Raya' di laman Instagram peribadinya sejak Ahad.

Manakan tidak, melalui video yang dikongsikan menampilkan dia dan beberapa penari mengenakan kostum ketat dan pelik.

Malah mereka juga bertindak membuat tarian aneh sehingga dilihat mencemarkan bulan Ramadan yang mulia.

Pada masa sama, ibu kepada jutawan kosmetik itu, Rozita Ibrahim turut mengakui malu dan kecewa dengan video lagu raya yang dilancarkan anaknya selang beberapa jam selepas Aliff Syukri memuat naik video berkenaan.

Hasil pemerhatian Majoriti di media sosial, rata-rata warga maya meluahkan rasa marah dan muak dengan tindakan Aliff Syukri yang dianggap tidak menghormati kemuliaan serta kesucian bulan Ramadan.

BACA LAGI: Buat untung atas angin, senang-senang upah melampau caj tukar duit raya RM10 setiap RM100

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

Malah seorang pengguna @PejuangPH, menggesa agar Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengambil tindakan terhadap Aliff Syukri.

"@fahmi_fadzil boleh tak sekat benda macam ini masuk industri muzik? Memalukan negara," tulisnya.

@ciklaen juga berharap pihak kerajaan terutamanya Kementerian Komunikasi menyekat muzik video berkenaan untuk ditayangkan di mana-mana platform media sosial.

"Bila nak kena 'gam' (diharamkan)? Dulu ada artis buka baju masa konsert, masuk televisyen terus kena gam. Yang ini pun patut kena gam juga, berhenti beri perhatian dan boikot video sebegini," katanya.

Seorang lagi pengguna warga maya, @_hannahwho_ berpendapat Aliff Syukri sepatutnya dikenakan tindakan yang lebih tegas memandangkan tidak pernah serik membuat muzik video yang seakan-akan menghina orang Melayu dan agama Islam.

"Dia ini dulu bukan pernah kena panggil dengan pejabat agama ke sebab muzik video raya juga? Kenapa semakin berani 'memondan'?

"Penari dalam klip muzik video itu terdesak sangat ke cari duit raya? Mohon pihak berwajib ambil tindakan tegas dan sila boikot Aliff Syukri," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram