ADIK kepada seorang wanita yang maut dibunuh suaminya dalam kejadian di Bandar Botanik, Klang, Selangor pada Jumaat lalu mendedahkan mangsa dilarang berjumpa dengan mereka sekeluarga sejak 2022.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik seorang pengguna aplikasi TikTok, mysticalcrystal_1 pada Selasa.
Berdasarkan video tersebut, individu yang juga adik kepada mangsa mendedahkan bahawa dirinya juga langsung tidak mengetahui punca sebenar di sebalik kematian kakaknya.
BACA LAGI: [VIDEO] Baru 2 tahun berkahwin, wanita maut dipercayai dibunuh suami sendiri di Klang
BACA LAGI: [VIDEO] Penjaja warga asing tak serik-serik, tetap berniaga meski dah beberapa kali disita
Siasatan yang dijalankan mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan baring di katilnya.
Di badan mangsa terdapat kesan di leher dan tangan kanannya selain terdapat 12 hiris luka di pelbagai tempat seperti pipi, telinga dan dagu. pic.twitter.com/G6SF5wHiYW
— iftitah_rozlan (@iftitahrozlan) June 12, 2024
"Jika anda mahu tahu apa yang terjadi dengan kakak saya, kami juga tidak tahu.
"Kami sudah tidak berhubung kerana suami kakak menghalangnya untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan kami.
"Kami jumpa kakak di malam majlis perkahwinannya pada Disember 2022," katanya.
Ujarnya lagi, mereka juga tidak bertemu kakaknya dalam beberapa majlis penting termasuk ketika acara penamaan bayi dan upacara Bangle.
Lebih menyedihkan, keluarganya hanya mengetahui tentang kematian tersebut daripada keluarga abang iparnya.
"Hanya kakak sahaja tahu apa yang terjadi pada hari kejadian.
"Tolong berhenti tanya kami apa sebenarnya yang berlaku," ujarnya.
Tangkap layar memaparkan video yang dikongsikan adik kepada mangsa.
Majoriti sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditemukan maut dengan 12 kesan kelar di leher dan tangan kanannya di kediaman mereka.
Kejadian itu turut dimuat naik satu video menunjukkan sepasukan anggota polis membawa masuk mayat mangsa ke dalam sebuah trak polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan yang dijalankan mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan baring di katilnya.
Menurutnya, makluman kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu diterima pihaknya selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki yang juga abang suspek.
"Mereka didapati mempunyai masalah rumah tangga sejak dua tahun perkahwinan mereka.
"Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati 12 luka hiris dan kelar antaranya di telinga, pipi, dagu, leher, jari dan kepalanya," katanya dalam kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram