SEORANG lagi mangsa kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis BMW 3 Series dengan lori di Kilometer 123.6 Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Pagoh, Johor meninggal dunia.
Mangsa seorang wanita warga Vitenam yang juga penumpang kereta BMW meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), menjadikan semua mangsa dalam kenderaan itu maut.
Media sebelum ini melaporkan, tiga daripada mereka termasuk pemandu kereta warga tempatan dan dua wanita warga Vietnam maut di lokasi selepas berlaku kemalangan kira-kira pukul 8.15 malam.
BACA LAGI: [VIDEO] Penjaja warga asing tak serik-serik, tetap berniaga meski dah beberapa kali disita
Beberapa gambar dan video kemalangan tersebut turut dikongsikan di media sosial pada Selasa.
Difahamkan, identiti semua mangsa yang maut masih belum diperoleh setakat ini.
Kemalangan membabitkan kenderaan jenis BMW 3 Series dengan lori di Kilometer 123.6 PLUS arah selatan berhampiran Pagoh, Johor pada Selasa. — Bomba
Polis bagaimanapun akan mengeluarkan kenyataan berhubung kemalangan tersebut dalam masa terdekat.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II, Jefri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 malam.
"Terdapat empat orang yang menaiki BMW tersepit. Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mereka yang tersepit.
"Mangsa berjaya dikeluarkan dan tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita disahkan maut di tempat kejadian.
"Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita mengalami kecederaan parah serta dibawa ke hospital berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau turut memaklumkan, operasi tamat pada pukul 9.59 malam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram