Kerajaan perlu laksana langkah 'short term' berkaitan penyasaran subsidi diesel — Harrison Hassan


  • Massa
  • Rabu, 12 Jun 2024

Harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada Ahad di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

KERAJAAN seharusnya mempunyai perancangan jangka pendek bagi membantu rakyat berhubung penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan mulai Isnin lalu.

Ini kerana, langkah itu perlu memastikan kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat yang terjejas akibat kenaikan harga minyak diesel, tidak diabaikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan, kerajaan sepatutnya melakukan kajian daripada pelbagai sudut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

BACA LAGI: 'Saya bukan YB media sosial, action speaks louder than words' — Harrison Hassan

BACA LAGI: Masalah 'Persimpangan Mario' dijangka selesai hujung bulan ini — Harrison Hassan

"Tahun lalu, rakyat telah diberi mandat memilih 'sekumpulan orang' untuk menjadi wakil rakyat dan mentadbir negara dengan cara terbaik.

"Pada masa sama rakyat berharap kebajikan mereka turut terbela. Sehubungan itu, kerajaan seharusnya melihat hal ekonomi ini dengan lebih serius.

"Begitu juga dengan tindakan yang diambil kerana ia melibatkan rakyat," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Majoriti.

2737150

Harrison Hassan

Mengulas lanjut, Harrison berkata, beliau menyedari sejak kebelakangan ini ekonomi dunia terjejas dan begitu juga Malaysia.

"Saya faham isu harga minyak naik dan harga minyak turun, cuma yang kerajaan buat hari ini harus ada langkah-langkah 'short term' bagi menangani isu tersebut.

"Langkah-langkah yang terpaksa kita 'korbankan' untuk kita membantu rakyat," ujar beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi adalah untuk menyelamatkan negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menyedari langkah itu perlu dilaksanakan kerana tidak ada pilihan lain.

"Kita terpaksa ambil beberapa tindakan tidak popular untuk selamatkan negara. Siapa mahu penyasaran subsidi ini? Kena tahu apa pun kita lakukan, kita akan dihentam habis-habisan dengan segala fitnah dan penipuan," katanya.

Untuk makluman, harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada Isnin di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Manakala, harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

Melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kerajaan menetapkan harga diesel kepada sektor yang layak iaitu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang menggunakan kaedah kad fleet bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram