Prosedur tuntut subsidi diesel, KPDN ingatkan simpan resit jika belum terima ‘fleet card’


  • Primer
  • Ahad, 09 Jun 2024

Kerajaan akan umumkan prosedur bagi menuntut rebat wang bagi pembelian diesel.

KERAJAAN akan mengumumkan prosedur bagi mendapatkan rebat untuk penerima diesel bersubsidi bagi 33 jenis kenderaan menerusi Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kesemua pengusaha pengangkutan awam dan syarikat perusahaan yang menerima kelulusan di bawah program tersebut perlu menyimpan resit pembelian diesel dari stesen minyak bermula Isnin (10 Jun).

"Ini membolehkan tuntutan rebat wang boleh dilakukan kepada Kementerian Kewangan mengikut prosedur permohonan yang akan diumumkan kemudian," kata Armizan.

BACA LAGI: Harga diesel RM3.35 mulai tengah malam Isnin

BACA LAGI: Subsidi diesel: Kumpulan pertama Budi Madani terima bayaran 10 Jun

20230112-armizan_ali-bernama

Datuk Seri Armizan Ali

Dalam masa yang sama, Armizan turut menggesa agar permohonan dilakukan dengan segera bagi mereka yang layak menerima bantuan.

"Kami ingin menegaskan bahawa semua arahan dan peraturan sedia ada berkaitan penjualan diesel kekal berkuat kuasa dan terpakai dengan pengumuman harga diesel baharu ini," kata Armizan.

Pada Ahad, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan yang harga diesel di Semenanjung Malaysia akan diapungkan kepada RM3.35 seliter bermula daripada tengah malam Isnin (10 Jun).

Namun begitu, harga sebelum ini iaitu RM2.15 seliter akan kekal terpakai di Sabah, Sarawak dan Labuan. — The Star/RAHIMY RAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram