ADIK perempuan pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un memberi amaran mengenai kemungkinan tindak balas baharu terhadap Korea Selatan jika negara jiran itu meneruskan tindakannya menggunakan pembesar suara dan risalah bagi menghantar propaganda.
Yo Jong yang dilaporkan cukup berpengaruh di repulik itu dalam satu kenyataan menegaskan Korea Selatan bakal menyaksikan tindak balas daripada Korea Utara sekiranya provokasi terus dilakukan.
"Jika Korea Utara terus melaksanakan penyebaran risalah dan penyiaran pembesar suara provokasi di sempadan, sudah pasti ia akan menyaksikan tindakan balas baharu Korea Utara," kata Yo Jong dalam satu kenyataan lewat Ahad yang disiarkan agensi berita negara itu, KCNA.
BACA LAGI: 'MP BERSATU berpaling tadah dihentikan keahlian, bukan lucut' — Saifuddin
BACA LAGI: Membazir RM36 juta duit rakyat jika 6 PRK Parlimen diadakan
Korea Selatan dilaporkan menyambung semula siaran pembesar suara yang diarahkan ke Korea Utara pada Ahad, menurut pegawai tenteranya.
Langkah itu diambil susulan amaran dikeluarkan negara itu ekoran perbuatan Pyongyang yang terus menghantar belon yang membawa sampah ke Selatan.
Korea Utara pada Sabtu melancarkan kira-kira 330 belon yang membawa sampah dengan kira-kira 80 daripadanya mendarat di sempadan, kata tentera Korea Selatan.
Pada Isnin, Korea Selatan berkata, 310 lagi belon telah dilancarkan, dengan kira-kira 50 mendarat di bahagian Selatan negara itu.
"Ini adalah permulaan kepada situasi yang sangat berbahaya," kata Kim yang merupakan Naib Pengarah bagi Parti Pekerja yang memerintah Korea Utara, merujuk kepada siaran pembesar suara oleh Korea Selatan.
Risalah propaganda yang dipercayai dihantar dihantar oleh Korea Selatan ke Korea Utara. — Agensi
Pyongyang mula menghantar belon yang membawa antaranya sampah dan baja, merentasi sempadan pada Mei dengan menyifatkannya sebagai tindakan balas terhadap risalah anti-Korea Utara yang diterbangkan aktivis Korea Selatan sebagai sebahagian daripada kempen propaganda.
“Seoul tidak mahu ketegangan tentera di sempadan antara Korea, dan Pyongyang tidak mahu maklumat luar mengancam kedudukan rejim Kim," kata Leif-Eric Easley yang merupakan seorang profesor di Universiti Ewha di Seoul.
Pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi inisiatif diketuai Amerika Syarikat (AS), yang menyelia gencatan senjata penubuhan Zon Demiliterisasi antara kedua-dua Korea apabila pertempuran berakhir dalam Perang Korea 1950-1953 berkata, ia sedang menyiasat insiden melibatkan penghantaran belon itu.
"Kami berharap semua orang akan datang ke meja untuk menyelesaikan masalah mereka," kata jurucakap pasukan PBB terbabit yang juga Kolonel Tentera AS, Isaac Taylor.
Korea Utara dalam beberapa insiden telah menyasarkan serangan ke arah belon dan pembesar suara.
Korea Selatan menghentikan siaran pembesaran suara selepas perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin Korea pada 2018, namun ketegangan meningkat sejak itu apabila Pyongyang meneruskan program pembangunan senjatanya.
Siaran pembesar suara Korea Selatan itu meliputi berita dunia dan maklumat tentang masyarakat demokratik dan kapitalis, dengan gabungan muzik K-pop yang popular.
Siaran itu dipercayai didengar lebih 20 kilometer ke dalam kawasan Korea Utara.
Dalam pada itu, Tentera Korea Utara dilaporkan mula membuat pembersihan membersihkan pokok dan membina pagar di dalam Zon Demilitarisasi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Taylor berkata, bahawa PBB tidak menganggap tujuan kerja itu adalah untuk membolehkan pembentukan tentera di zon sempadan yang akan menjadi perlanggaran dalam perjanjian gencatan senjata.
Beliau menyatakan bahawa sejak pengisytiharan Korea Utara baru-baru ini bahawa penyatuan dengan Selatan bukan lagi matlamat, ia telah meneruskan langkah untuk meningkatkan kawalan sempadannya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram