SEORANG artis Taiwan mengejutkan ramai pihak apabila dia mengaku tidak membayar yuran penyelenggaraan kondominium selama setahun.
Artis bernama Yao Yao dilaporkan tidak membayar yuran penyelenggaran kondominiumnya selama setahun dengan jumlah direkodkan adalah sebanyak NT$49,613 (RM7,223).
Yao Yao yang merupakan seorang pelakon, akhirnya membayar yuran tersebut selepas diberikan amaran akhir iaitu perlu melangsaikannya dalam masa tujuh hari atau berdepan tindakan undang-undang.
BACA LAGI: [VIDEO] Korea Utara hantar 150 belon berisi sampah, najis ke Korea Selatan
BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga jam mewah ditemukan tidak bernyawa kurang 24 jam lepas rugi RM16 juta akibat disamun
Selain tidak membayar yuran kondominium, pelakon berusia 33 tahun itu juga dilaporkan tidak disenangi oleh jiran tetangga kerana tabiat buruknya.
Antara tabiat buruk yang tidak disenangi oleh jiran Yao Yao adalah dia sering membiarkan barangan parcel yang dibelinya terbiar sehingga enam bulan sampaikan lobi dipenuhi dengannya.
Selain itu, Yao Yao juga ada tabiat suka koyakkan kad manila dan mencampaknya ke luar pintu rumahnya sekali gus mencacatkan pemandangan.
Rakaman CCTV menunjukkan Yao Yao mengoyakkan notis di papan kenyataan. — Agensi
Kemuncak kepada tabiat buruk pelakon itu apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium tersebut merakam tindakan Yao Yao mencabut kertas notis yang menayangkan namanya kerana tidak membayar yuran.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi pengurusnya, Yao Yao mengakui dirinya melakukan kesilapan kerana tidak membayar yuran.
"Oleh kerana saya terlalu sibuk dan kerap pergi ke sana sini, saya gagal menguruskan urusan harian saya dengan baik. Tetapi menjadi seorang yang sibuk bukanlah alasan.
"Di masa depan, saya akan lebih berdisiplin dan meminta keluarga saya dengan pembayaran yuran pengurusan (kondominium).
"Saya juga akan menjaga dengan baik barangan peribadi saya. Saya dengan ikhlas memohon maaf diatas kesulitan dialami jiran dan pihak pengurusan kondominium," kata Yao Yao. — The Star/ANNDREA A. WEBBER
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram