[VIDEO] Polis Sibu saman bapa kanak-kanak autisme biar anak pandu kereta sendirian


  • 112
  • Khamis, 06 Jun 2024

Tangkap layar seorang kanak-kanak autisme memandu sebuah kenderaan secara bersendirian di Jalan Kampung Nyabor dekat Sibu,Sarawak, telah dikenakan tindakan saman oleh polis.

BAPA kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dirakam memandu sebuah kenderaan secara bersendirian di Jalan Kampung Nyabor dekat Sibu, Sarawak, telah dikenakan tindakan saman oleh polis.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan kira-kira pukul 6.50 petang Rabu.

Katanya, kanak-kanak itu dan ibu bapanya dibawa ke Pejabat Trafik Polis Sibu untuk siasatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Terjatuh dalam 'mixer', pekerja kilang hilang kaki dan tangan, kulit kepala tersiat

BACA LAGI: [VIDEO] Pegawai ahli politik patah kaki, antara lebih 50 cedera pentas runtuh semasa kempen pilihan raya di Mexico

"Hasil siasatan mendapati pemandu kereta tersebut iaitu kanak-kanak lelaki berkenaan menghidap autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu.

"Polis mendapat maklumat berhubung video berdurasi 30 saat yang tular di laman sosial kira-kira pukul 3 petang semalam (Rabu) yang menunjukkan kanak-kanak berkenaan memandu kereta secara bersendirian di Jalan Kampung Nyabor,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak memandu sebuah kenderaan di sebuah jalan raya. Kanak-kanak itu dilihat memandu sebuah kenderaan jenis Hyundai I10 dan ditahan orang awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram