TINDAKAN seorang wanita menjaga satu ruang parkir kereta di tempat awam dipercayai di Pulau Pinang kini tular di media sosial sejak Khamis.
Video berdurasi satu minit 45 saat itu dirakam oleh individu yang berada di dalam kereta diletakkan di sebelah tempat meletak kenderaan yang dijaga wanita tersebut.
Menerusi klip tular itu, wanita berkenaan dilihat tidak membenarkan beberapa kenderaan yang cuba meletakkan kenderaan mereka di tempat terbabit.
"Selalu aku tengok 'Karen' orang asyik kongsikan, sekarang betul-betul baru jumpa dia jaga parking. Sebelah kereta aku lagi. Mana boleh buat macam tu, banyak kereta yang dia halau. Biar satu Penang kenal hang," menurut suara daripada video terbabit.
Wanita itu juga dilihat masih berdegil untuk meneruskan perbuatannya meskipun terdapat dua kenderaan lain yang diletakkan di sebelah tempat dijaganya sudah meninggalkan kawasan parkir berkenaan.
Mana boleh ini macam auntie....ini salah... pic.twitter.com/Q6zfvah4a5
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 6, 2023
Untuk rekod, tindakan menjaga parking merupakan satu kesalahan Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan ia terpakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.
Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan di bawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.
Belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram